Laporan Siasatan : 6 Punca Tragedi Nahas Kemalangan Bas Di Genting Highlands

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

MEMANG BAS DIPANDU LAJU

GAMBAR KEMALANGAN NGERI BAS TERJUNAM DI GENTING HIGHLANDS, BERAPA PUNCA TRAGEDI KEMALANGAN DI GENTING HIGHLANDS 21 OGOS 2013
Kredit : Berita Harian Online

Laporan lengkap siasatan tragedi kemalangan ngeri di Genting Highlands akhirnya menjadi jawapan apakah punca sebenar bas terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter itu. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) menyatakan terdapat 6 punca bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.



Pertama : Bas dipandu melebihi 50 km/jam ketika menuruni bukit



Kedua : Kekurangan kecekapan fungsi brek akibat keadaan lapisan brek yang haus pada kedua-dua roda hadapan bas dan kemungkinan kegagalan fungsi halangan mengakibatkan bas gagal diperlahankan ketika menghampiri selekoh tajam di lokasi kemalangan



Ketiga : Lokasi ‘Truck Escape Ramp’ (TER) terlindung oleh geometri jalan dan maklumat pada papan tanda yang tidak tepat menyukarkan pemandu untuk menggunakan TER disediakan bagi mengelak kenderaan terhumban ke gaung.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tonton Online Video Penuh Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

TERIMA KASIH ASTRO GEMPAK




Video Maharaja Lawak Mgea 2013 - Minggu 1 [Klik]

Terima kasih Astro Gempak kerana memberi video streaming percuma secara HD untuk rancangan Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013. Nampaknya strategi promosi Astro semakin bijak. Mungkin mereka ingin menarik pelanggan baru sebelum bermulanya minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2013 pada 15 November ini.



LAWAK ZERO MAWAR MEKAR BERDURI, MAHARAJA LAWAK 2013 KERUSI PANAS FREE ONLINEKepada yang tidak berpeluang menyaksikan video penuh Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 anda bolehlah tonton di sini secara percuma. Mari kita nilai juri dan peserta yang beraksi semalam. Ada dikalangan kita yang tidak puas hati dengan keputusan juri. Ramai yang suka kumpulan Shake tetapi mereka gagal melayakkan diri ke MLM 2013.



Selamat mononton! Semoga terhibur dengan persembahan Mamu, Zero dan Shake.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

HAMPIR TEPAT


ZERO LAYAK KE MAHARAJA LAWAK 2013, VIDEO KERUSI PANAS 2013 ZERO MAMU GERAK SHAKE BELL AMIR, LAWAK ZERO SEMALAM

Video Penuh Kerusi Panas Maharaja Lawak 2013 Percuma [Klik]

Baru sahaja sebentar tadi pengumuman rasmi pemenang Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 Astro dibuat. Nampaknya 2 daripada 3 kumpulan yang aku jangka berjaya dipilih iaitu Zero dan Mamu. Tapi malangnya kumpulan Shake (Bell & Amir Amerika) terkandas dan digantikan dengan kumpulan Gerak.  Rata-rata penonton seakan memilih kumpulan Shake tetapi apakan daya markah ditentukan oleh juri 'profesional ' katanya.



Aznil dilihat paling berlapik ketika memberi komen. Azwan Ali pulak ikut sedap hati je melaser orang. Cuba kalau dia pulak buat persembahan atas pentas. Harus kena baling dengan kerusi. Hattan banyak mempersoalkan penyanyi yang ingin mencuba untuk berlawak seperti makcik Ros dan Fida.



Keputusan akhir sudah dibuat. Kita tak boleh nak patah balik. Redha sajalah dengan pemilihan 3 kumpulan menerusi tiket kerusi panas ke pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 minggu depan. Tahniah Zero, Mamu dan Gerak!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/