Keputusan Undian Perlawanan Play-Off Zon Eropah | Kelayakan Piala Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PORTUGAL DAN FRANCE TERPISAH


SENARAI UNDIAN PLAY OFF KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014, PERLAWANAN PLAY OFF ZON EROPAH NOVEMBER 2013


Harapan peminat ternyata lega apabila keputusan undian play-off memisahkan Portugal dan France. Sebelum ini dalam ranking FIFA yang baru dikeluarkan, France berkemungkinan diundi bertemu dengan Portugal disebabkan mereka bukan dalam pasukan pilihan. Kedua-dua negara kini mempunyai peluang untuk menyertai 27 negara yang sudah layak ke Piala Dunia 2014.


Berikut adalah keputusan undian play-off zon Eropah :


Portugal vs Sweden

Ukraine vs France

Greece vs Romania

Iceland vs Croatia



Antara 8 buah negara di atas, hanya Portugal, Greece dan France yang menyertai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Kesemua perlawanan akan diadakan pada 16 & 20 November 2013 dengan format timbal balik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Tarikh Cuti Sekolah 2014 | Takwim Persekolahan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

RANCANG CUTI ANDA

JADUAL CUTI SEKOLAH 2014, CUTI PENGGAL 1 2014, CUTI PENGGAL 2 2014, CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2014, CUTI AKHIR TAHUN 2014
Kredit : bukitmundok.blogspot.com
Jadual Cuti Am 2014 Seluruh Malaysia [Klik]

Tidak sampai sebulan lagi cuti sekolah (16 Nov 2013) akan bermula. Mereka yang gembira pastinya anak-anak atau adik kita yang masih bersekolah. Di sebalik kegembiraan itu, ada di kalangan pelajar yang mula resah. SPM semakin hampir! Hehe..



Sebagai orang yang pernah melalui zaman SPM dulu, waktu kecederaan ini sangat penting untuk membuat nota ringkas dan ulangkaji subjek yang bermasalah. Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan takwim persekolahan dan jadual cuti sekolah bagi sesi 2014.



Kenapa cuti sekolah ini penting? Bagi yang berkeluarga dan gemar melancong, waktu ini dirasakan paling sesuai untuk meluangkan aktiviti bersama anak-anak. Begitu juga untuk mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Bila waktu cuti sekolah je, penuh jemputan kahwin yang diterima.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Aktiviti Ekspo Buku Islam 9 Selangor | 24 Oktober - 2 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

USTAZ DON PUN ADA

Klik imej untuk lebih jelas


Khamis ini akan bermulanya Ekspo Buku Islam 9, Selangor 2013. Program selama 10 hari ini akan berlangsung di Dewan Serbaguna AU2, Taman Seri Keramat. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa seperti pertandingan nasyid, motivasi, demo masakan dan tips peperiksaan.



Pengunjung boleh hadir seawal jam 10 pagi hingga 9 malam dari 24 Oktober hingga 2 November 2013. Masuk adalah Percuma! Ekspo ini dianjurkan oleh Syarikat Sinergi Ilmu dengan kerjasama MAIWP. Layari Facebook Sinergi Ilmu untuk info lanjut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/