2
COMMENTS
Peluang Malaysia Untuk Layak Ke Piala Asia 2015 | Analisis Kumpulan D
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , FAM , harimau malaya , kedudukan terkini , kelayakan piala asia , malaysia , rajagobal , sukan
Analisis #KelayakanPialaAsia2015
Dua hari lepas seluruh peminat bola sepak tempatan bercakap mengenai peluang Malaysia ke Piala Asia 2015. Masihkah ada harapan untuk kita ke Australia? Sebelum aku meneruskan analisis selanjutnya, rasa belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pemain Malaysia yang bekerja keras menentang Bahrain untuk mendapatkan satu mata yang sangat berharga ini.
Ada yang kata Malaysia sepatutnya boleh menang perlawanan itu. Memang ada benarnya kerana Bahrain dilihat kurang sengat dan kita beraksi di gelanggang sendiri. Jika kedudukan terikat 0-0 pada separuh masa, mungkin kita ada peluang untuk dapatkan tiga (3) mata.
Malangnya, Bahrain terlebih dahulu mendapat gol dalam minit terakhir sebelum pengadil meniup wisel penamat separuh masa pertama. Kelalaian sebegini tidak sepatutnya berlaku. Tiada seorang pun pemain negara yang cuba menghalang sepakan deras pemain Bahrain, Abdulla Saleh dan akhirnya melihat saja bola menerjah gawang. 1-0 Bahrain mendahului.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq











