NO COMMENTS
Siaran Langsung Perlawanan Final UEFA Champions League 2013 | Bayern Muncih vs Borussia Dortmund
Penulis: Que | Kategori: astro , bayern , bola sepak , dortmund , jadual , keputusan perlawanan , live streaming , siaran langsung , sukan , ucl , UEFA Champions League
BILA DUA KELAB JERMAN BERTEMBUNG
Sejarah bakal termaktub pada 26 Mei 2013 apabila 2 kelab Jerman bakal berentap sesama sendiri di perlawanan akhir UEFA Champions League buat pertama kalinya. Setelah diundi pada 14 April, Dortmund akan bertindak selaku tuan rumah di Stadium Wembley nanti. Format pertandingan kalah mati bermula dengan 90 minit dan bersambung ke masa tambahan 30 minit jika masih tiada pemenang. Jika keputusan masih terikat sepakan penalti akan menentukan juara Eropah 2013.
Bayern Munich sudah layak ke final buat kali ke-3 dalam sejak tahun 2010. Setelah kecewa dalam 2 final kepada Inter Milan dan Chelsea, sudah pasti mereka tidak mahu tewas lebih-lebih lagi kepada musuh tradisi mereka dalam Bundesliga. Dortmund yang menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat Eropah juga ingin menebus kekalahan mereka kepada Bayern Munich dalam perebutan takhta liga domestik dan Piala Jerman (BFM Pokal).
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq











