Siaran Langsung Perlawanan Separuh Akhir Badminton Terbuka India 2013 | Lee Chong Wei vs Boonsak Ponsana

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

LEE CHONG WEI VS BOONSAK PONSANA

LEE CHONG WEI VS BOONSAK PONSANA SEMI FINAL INDIA OPEN 2013,ASTRO LIVE STREAMING,POSTER BADMINTON TERBUKA INDIA 2013

Lee Chong Wei mng 21-11,18-21,21-8

Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal negara beraksi di pusingan separuh akhir kejohanan Badminton Superseries Terbuka India 2013. Beregu harapan negara rebah kepada wakil Korea semalam walaupun diletakkan sebagai pilihan ke-2 kejohanan. Nasib yang sama menimpa beregu campuran negara dalam pusingan suku akhir.


Dalam pertemuan suku akhir, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain tuan rumah H.S Prannoy dengan straight set 21-14 21-19. Hari ini lawan yang menanti beliau adalah pemain Thailand, Boonsak Ponsana. Melihat pada rekod pertemuan Lee Chong Wei memiliki kelebihan 16 kemenangan berbalas 2.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Separuh Akhir Pertama Borussia Dortmund vs Real Madird

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DORTMUND 4-1 REAL MADRID


keputusan perlawanan UEFA champions league semi final separuh akhir 1st leg borussia dortmund vs real madrid 25 april 2103


Lewandoski menjaringkan empat (4) gol untuk memberikan pasukan Dortmund kelebihan di separuh akhir pertama. Real Madrid bagaimanapun berjaya mendapat 1 gol di tempat lawan menerusi Cristiano Ronaldo. Nampaknya wakil dari Jerman ini menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk memenangi perlawanan menentang wakil Sepanyol.


Semalam, Bayern Munich mudah menewaskan Barcelona dengan 4-0. Adakah kita akan menyaksikan Final di antara Bayern Muncih vs Borussia Dortmund? Dortmund hanya perlu seri di Bernabeu atau tidak kalah lebih dari 3 gol kepada Real Madrid dalam separuh akhir kedua nanti.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Bayern Munich vs Barcelona

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BAYERN MUNICH 4-0 BARCELONA

KEPUTUSAN BAYERN VS BARCELONA VS BAYERN UEFA CHAMPIONS LEAGUE SEMI FINAL SEPARUH AKHIR 24 APRIL 2013


Pertembungan 2 gergasi eropah mewakili negara Jerman dan Sepanyol berakhir dengan keputusan luar jangka. Bayern Munich menguasai keseluruhan perlawanan dan meletakkan sebelah kaki di Final UEFA Champions League 2012/2013 apabila membelasah Barcelona 4-0.


Gol-gol Bayern dijaringkan oleh Muller (2), Gomes & Robben. Barcelona nyata gagal untuk menyaingi kepantasan dan fizikal pemain Bayern. Juara Bundesliga itu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dan mampu merehatkan pemain utama hujung minggu ini. Barcelona sebaliknya masih perlu menang perlawanan liga domestik untuk muncul sebagai juara.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/