Home » , , , , , , , , , , , » Keputusan Undian Suku Akhir Piala Capital One 2013/14

Keputusan Undian Suku Akhir Piala Capital One 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

UNITED DAN CHELSEA TERPISAH


JADUAL MANCHESTER UNITED VS STOKE DIS 2013, CHELSEA VS SOUTHAMPTON 2013, PIALA LIGA DISEMBER 2013, UNDIAN SUKU AKHIR PIALA LIGA 2013 2014

Keputusan Penuh Perlawanan Capital One Cup Pusingan 4 [Klik]

Selepas menewaskan lawan masing-masing dalam pusingan ke-4 Piala Capital One semalam, United dan Chelsea mendapat berita gembira kerana kedua pasukan itu terpisah dalam saingan suku akhir.  Undian awal pagi tadi dilakukan selepas sahaja berakhir perlawanan antara Newcastle vs Manchester City dan Tottenham vs Hull City.



Manchester City dan Tottenham masing-masing layak selepas bermain 120 minit awal pagi tadi dengan Spurs terpaksa menunggu sehingga sepakan penalti ke-9 untuk mara ke tahap ini.



Keputusan penuh undian peringkat suku akhir Piala Capital One 2013/14 adalah seperti berikut :


Leicester City vs Manchester City
Stoke City vs Manchester United
Tottenham vs West Ham
Sunderland vs Chelsea



Manchester United buat pertama kali diundi diluar Old Trafford menentang Stoke City. Manchester City pula dijangka tidak mempunyai banyak masalah berdepan dengan wakil kelab divisyen 1, Leicester City.



Tottenham akan melayan West Ham di White Hart Lane manakala Chelsea akan menunggu pemenang perlawanan Sunderland vs Southampton minggu depan.



Perlawanan pusingan suku akhir Piala Capital One 2013/14 akan berlangsung pada 18 dan 19 Disember 2013.



SENARAI PEMENANG PIALA CAPITAL ONE 2013
Pemenang Piala Liga terkini


Apa yang boleh diperkatakan selepas melihat keputusan undian suku akhir Piala Capital One 2013/14 ialah faktor nasib banyak mempengaruhi pasukan yang bakal memenangi trofi ke-4 terpenting di England.



Kebanyakan pasukan elit tidak akan menurunkan kesebelasan terkuat mereka disebabkan komitmen EPL mahupun UCL/Europa League. Apa yang boleh diharapkan,pemain yang diturunkan itu mampu melakukan yang terbaik untuk membolehkan mereka mara lebih jauh.



Mustahil untuk United menurunkan Van Persie 3 kali seminggu semata-mata kerana terlalu mengejar trofi melainkan jika melangkah ke semi final atau final.



KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BERMAIN DALAM PIALA CAPITAL ONE CUP



Pro dan kontra jika bermain dalam Piala Capital One Cup


Pro - Pasukan anda akan memiliki kelebihan 1 trofi untuk dimenangi disamping memberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi



Kontra - Jadual perlawanan pasukan anda menjadi lebih padat sehingga mungkin terpaksa bermain 4 perlawanan dalam masa 12 hari. Peluang untuk mendapat kecederaan dan penggantungan meningkat.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Undian Suku Akhir Piala Capital One 2013/14 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets