Mourinho Dipecat Kali Kedua Sebagai Pengurus Chelsea 2013-2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PAKAR PECAT?



Chelsea sekali lagi memecat pengurus terbaiknya dalam tempoh 7 tahun. Jose Mourinho nyata bukan pilihan pemilik kelab untuk menyelamatkan kedudukan terkini Chelsea di tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris. Pelik apabila kita kaitkan dengan status juara bulan Mei lalu. Bagaimana skuad dan pengurusan yang hampir sama gagal mengulangi cabaran seperti musim lepas?



Adakah skuad Chelsea semakin berusia atau penjualan Petr Cech ke Arsenal menjadi punca? Ataupun kecederaan penjaga gol nombor satu mereka dalam tempoh lama? Paling hangat diperkatakan adalah mengenai tindakan Mourinho mengkritik kerja doktor wanita kelab yang cuba merawat kecederaan Eden Hazard dalam perlawanan pertama musim ini.



Layanan buruk itu mungkin memberi kesan pada pemain-pemain lain menunjukkan rasa kurang hormat mereka kepada pengurus. Jose Mourinho terkenal sebagai seorang yang lantang dan gemar bermain psikologi minda. Beliau pernah menggelarkan Arsene Wenger sebagai pakar kegagalan. Sekarang beliau pula dilabel sebagai pakar dipecat. Khabar angin mengatakan, Guus Hiddink bakal menjadi julartih sementara Chelsea buat kali kedua. Takziah Chelsea.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Pusingan 16 Terakhir Kalah Mati UEFA Champions League 2015/16

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

HANYA UNITED TERSINGKIR



Manchester United menjadi satu-satunya kelab England yang gagal melepasi peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Ketiadaan penyerang prolifik nyata menyukarkan mereka mencari gol di peringkat Eropah. Secara amnya, pasukan yang ingin mara ke pusingan 16 terakhir perlu memiliki 10 mata dan United hanya mampu mengutip 8 mata dari 6 perlawanan.



Arsenal bangkit pada saat akhir ketika mereka memerlukan kemenangan lebih dari 3 gol dan misi itu menjadi kenyataan ketika beraksi di tempat lawan menentang Olympiacos. Manchester City pula menjadi pasukan pertama dari England yang mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati. Mereka berjaya menjadi juara kumpulan mengetepikan cabaran kuat dari Juventus, juara Serie A.



Chelsea walaupun mempamerkan prestasi tidak konsisten dalam EPL, berjaya layak dengan menjadi juara kumpulan. Ini bermakna mereka bersama Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich bakal mengelak dari bertemu juara kumpulan lain.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Kejohanan Piala EURO 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BELGIUM DALAM KUMPULAN MAUT



Acara cabutan undian peringkat kumpulan kejohanan EURO 2016 di Perancis tahun depan berakhir pagi Ahad dengan jayanya. Sebanyak 24 pasukan yang layak dari pusingan kelayakan dan play-off telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Dalam edisi sebelum ini, hanya 16 pasukan sahaja yang dipilih ke pusingan akhir EURO.



Undian paling menarik dalam kumpulan E di mana pasukan nombor satu dunia, Belgium diundi bersama bekas juara dunia dan Eropah, Italy bersama-sama Sweden dan Ireland. Sementara itu, tuan rumah Perancis mendapat undian mudah bersama Romania, Albania dan Switzerland.



Juara bertahan Sepanyol berada dalam kumpulan D bersama negara Czech Republic, Turkey dan Croatia. England pula diletakkan dalam kumpulan B dengan Russia, Wales dan Slovakia. Juara dan naib juara kumpulan akan layak ke pusingan kedua. Tambahan 4 lagi pasukan tempat ketiga terbaik akan melengkapkan senarai 16 pasukan ke peringkat seterusnya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/