Jadual Keputusan Undian Perlawanan Separuh Akhir Capital One Cup 2015/16

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

LIVERPOOL PASUKAN PILIHAN?



Kehadiran Jurgen Klopp ternyata mengubah nasib pasukan Liverpool menjadi pasukan pilihan untuk memenangi Piala Capital One Cup musim 2015/2016. Kejayaan membenam Southampton 6-1 di tempat lawan membuka mata pengkritik bola sepak England. Pasukan yang dirundung masalah prestasi di awal musim dan kecederaan kepada pemain utama kini mempamerkan corak permainan menarik dan pantas.



Biarpun dikejutkan dengan gol awal Southampton ketika masa perlawanan baru memasuki 43 saat, namun semangat juang pemain Liverpool tidak pernah lutur. Begitulah impak pengurus berkarisma dari Jerman itu sehingga ada yang memberi harapan pasukan ini mampu mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.



Manchester City, Everton dan Stoke masing-masing layak ke pusingan separuh akhir Piala Capital One. Mereka perlu bermain dalam 2 perlawanan timbal balik bermula bulan Januari 2016. Mengikut pengalaman sebagai seorang pemain Football Manager, jadual perlawanan akan menjadi lebih padat dengan penambahan 2 perlawanan ini. Apatah lagi jika pasukan itu terlibat dalam pertandingan peringkat Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pesta Buku Lelong Big Bad Wolf 4 - 14 Disember 2015 | Mines Seri kembangan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

DISKAUN BUKU 75% - 95%



Yeah! Pesta buku jualan murah kembali lagi. Untuk ekspo kali kedua tahun ini, Big Bad Wolf akan mengadakan jualan murah besar-besaran pada 4 - 14 Disember 2015 bertempat di MIECC, Mines Seri Kembangan. Selangor. Sempena cuti sekolah, anda boleh bawa anak-anak ke pameran ini untuk membeli-belah pelbagai jenis buku yang dibuka selama 24 jam.


Diskaun buku terpilih sebanyak 75 - 95%. Tak percaya? Tengok entri Big Bad Wolf 2012 kat sini. Kepada penggemar buku boleh berkunjung ke Big Bad Wolf 2015 nanti. Borong jangan tak borong.


Program : Big Bad Wolf Book Sale
Tarikh : 4 - 14 Disember 2015
Tempat : MIECC, Mines Seri Kembangan, Selangor
Masa : 24 jam
Bayaran Masuk : Percuma


Layari laman web rasmi Big Bad Wolf 2015 untuk maklumat lanjut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Suku Akhir Capital One Cup 2015/2016 Waktu Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL CITY DAN LIVERPOOL



Kekalahan mengejut Chelsea, Arsenal dan Manchester United di psuingan ke-4 Piala Capital One 2015/2016 memberi peluang kepada pasukan pilihan Manchester City dan Liverpool merangkul trofi pertama musim ini. Perlawanan minggu ini akan menjadi penentu pasukan mana yang akan layak ke pusingan separuh akhir.



Manchester City mendapat undian paling mudah dengan bermain di laman sendiri menentang pasukan divisyen bawah Hull City. Namun dalam pertandingan seumpama ini, pasukan elit terutamanya tidak boleh mengambil mudah cabaran pasukan kerdil ini kerana sejarah telah menyaksikan banyak kejutan berlaku lebih-lebih lagi di final.



Liverpool yang semakin meningkat di bawah kendalian pengurus Jerman, Klopp berpeluang mara ke pusingan seterusnya jika melepasi halangan di Stadium St. Mary's bertemu Southampton. Dua lagi perlawanan antara Stoke dan Sheffield serta Middlesbrough dengan Everton.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/