PC Expo : Jualan Penghabisan Stok Barangan IT & Mobile 2015 | Sebelum GST

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

LELONG PERALATAN IT 



Menjelang 1 April 2015 di mana Malaysia akan menggunakan sistem percukaian yang baru (GST), banyak syarikat terutamanya yang menjual barangan IT berlumba-lumba untuk menghabiskan stok lama sebelum dikenakan cukai baru. 



Bagi penggemar IT dan telefon bimbit inilah masa yang paling sesuai untuk anda mencari dan memborong peralatan yang akan dilelong pada harga yang sangat rendah. Difahamkan potongan harga sehingga 70% untuk pelbagai barangan seperti aksesori komputer, pencetak, telefon bimbit dan macam-macam lagi.



Jangan ketinggalan untuk datang ke:

Program : PC Expo IT & Mobile Clearance Sale 

Tarikh :   21 hingga 22 Mac 2015 

Tempat : Hall 6, Kuala Lumpur Convention Centre

Masa : 11.00 am - 9.00 pm

Bayaran Masuk : Percuma

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Terkini Pasukan Yang Layak Ke Suku Akhir UEFA Champions League 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

CHELSEA TERSINGKIR


Siaran Langsung Undian Suku Akhir UCL 2015 [Klik]

Saingan Piala UEFA Champions League awal pagi tadi menyaksikan pasukan Chelsea bimbingan Jose Mourinho disingkirkan oleh PSG menerusi penentuan gol ditempat lawan. Dalam perlawanan pertama di Perancis, kedua pasukan terikat 1-1. Namun PSG bangkit di saat akhir dalam perlawanan kedua untuk mengikat keputusan seri 2-2 di Stamford Bridge.



Jika mengikut kelebihan gol, PSG mempunyai 2 gol tempat lawan sekaligus mengetepikan saingan Chelsea yang berakhir di pusingan 16 sahaja. Pencapaian ini dikira merosot kerana musim lalu Chelsea mara hingga ke separuh akhir. Mengiringi PSG setakat hari ini ialah Bayern Munich yang menang besar ke atas Shakhtar.



Real Madrid turut layak walaupun kalah dalam pertemuan dengan Schalke pagi semalam. Mereka layak dengan agregat 5-4. Porto mara ke suku akhir setelah menewaskan FC Basel dalam 2 perlawanan timbal balik. 4 lagi slot akan ditentukan minggu hadapan. Rujuk jadual UCL 2015 di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

UNITED TERUS KEMPUNAN


Jadual Siaran Langsung Semi Final Piala FA Inggeris [Klik]

Manchester United gagal menamatkan badi kejuaraan Piala FA Inggeris setelah tewas 1-2 kepada Arsenal awal pagi tadi. Gol-gol Arsenal dijaringkan Monreal (25') dan Welbeck (61') manakala gol United dijaringkan Wayne Rooney (29'). Valencia yang beraksi selaku bek kanan seharusnya dipersalahkan terhadap kedua-dua gol Arsenal.



Seperti perlawanan derby, pertembungan ini tidak lari dari dicemari dengan beberapa insiden yang agak buruk. Beberapa terjahan keras memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada pemain kedua pasukan. Taktik melayangkan badan atau diving oleh Di Maria dan Januzaj agak memalukan. Di Maria yang dilayangkan kad kuning bertindak agresif dengan menarik baju pengadil dan diarah keluar padang setelah menerima kad kuning kedua.



Tindakan kurang bijak itu menyebabkan United terpaksa beraksi 10 orang untuk baki 13 minit perlawanan. Kepulangan Welbeck ke Old Trafford menjadi mimpi ngeri untuk penyokong tuan rumah apabila Arsenal layak ke separuh akhir nanti yang akan diadakan di Stadium Wembley.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/