Jadual Keputusan Undian Pusingan Ketiga Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITER TESINGKIR AWAL




Pasukan elit Liga Perdana Inggeris mendapat tuah undian di laman sendiri dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Capital One. Keputusan paling mengejutkan pada pusingan kedua apabila kelab Manchester United yang mempertaruhkan skuad simpanan dibelasah teruk 0-4 kepada MK Dons di tempat lawan.



Buat kali pertama sejak 1995 United gagal bermain di pusingan ketiga Piala Capital One. Tanpa penglibatan dalam bola sepak Eropah, United dilihat mempunyai jadual perlawanan yang agak alapng musim ini.



Chelsea, Arsenal, Liverpool, Manchester City dan Tottenham masing-masing mengelak dari bertemua sesama sendiri di pusingan awal. Kebanyakannya diundi menentang pasukan divisyen bawah kecuali Arsenal yang dijadual menentang Southampton yang merupakan kelab Liga Perdana Inggeris.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

AKTIVITI EKSPO HALFEST 2014 | 3 - 7 SEPTEMBER DI MINES, SERI KEMBANGAN

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

EKSPO HALAL TERBESAR MALAYSIA




HALFEST 2014 merupakan sebuah ekspo Halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan merangsang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. HALFEST sememangnya amat dinantikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik! Penampilan selebriti terkenal, demonstrasi dan pertandingan memasak, kuiz dan permainan untuk kanak-kanak dan pelbagai aktiviti lain menjanjikan keseronokkan khusus untuk seisi keluarga.


Maklumat lengkap progam  seperti berikut :


Program : HALFEST 2014 
Tarikh : 3 - 7 September 2014
Tempat : Pusat Pameran MINES, Seri Kembangan, Selangor
Masa : 10 pagi - 7 malam
Bayaran masuk : PERCUMA



 Antara acara menarik yang disediakan ialah :

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Gempar : Manchester United Berjaya Dapatkan Radamel Falcao Dari AS Monaco

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

KEJUTAN SAAT AKHIR



Manchester United memberi amaran awal kepada pencabar EPL bahawa mereka akan terus membina skuad bagi cubaan merangkul kejuaraan liga. Terkini Radamel Falcao peledak berbisa dari AS Monaco menyertai pasukan The Red Devils dengan harga pinjaman 12 juta Pound dengan perjanjian jual beli di akhir musim nanti.



Selepas ketibaan perpindahan termahal England, Di Maria dan Daley Blind dari Ajax Falcao akan memulakan sesi latihan selepas perlawanan persahabatan antarabangsa minggu ini. Peminat United akan menyaksikanm penampilan pertama Falcao pada 14 September 2014 menentang QPR di Old Trafford.



Walaupun tidak dijanjikan dengan penglibatan bola sepak Eropah, Falcao tetap berminat menyertai sebuah pasukan yang dilabel antara terhebat di benua Eropah dengan menolak tawaran lumayan dari Manchester City dan Real Madrid. Beliau percaya United akan kembali ke tempat 4 teratas musim ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/