Siapa Bakal Juara Projek Metro 2013 TV3?

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

FINAL PROJEK METRO 2013

LIVE PROJEK METRO 2013 TV3, SIARAN TV PROJEK METRO 2013

Juara Projek Metro 2013 : Liza

Antara Fiza, Liza, Iera dan Taufiq siapakah akan membawa pulang RM 20,000 dan kontrak 1 tahun bersama Media Prima malam ini? Projek Metro merupakan program pencarian bakat baru dalam bidang penyiaran dan kewartawanan yang berkarisma, berkredibiliti dan profesional anjuran Harian Metro, HotFM dan TV3



Setelah menharungi pelbagai cabaran setiap minggu, tinggal empat peserta yang akan berentap di Final Projek Metro 2013. Jangan ketinggalan siaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada jam 10.00 malam di TV3.



Kesemua finalis mempunyai kelebihan masing-masing. Fiza atau Nur Hafizah Md Saad, 25, yang berasal dari Johor Bahru adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Bio-Sains Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) manakala Taufiq (Muhammad Taufiq Abd Rahman), 19, dari Kota Bharu, Kelantan memiliki kelulusan dalam jurusan undang-undang dari UiTM.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 6 - SEPAHTU BOTTOM 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BOBOI DIBENARKAN KELUAR



Kumpulan Sepahtu meneruskan persembahan mengecewakan mereka di pentas Maharaja Lawak Mega 2013 sehingga mereka dipanggil ke depan di waktu penyingkiran. Ramai peminat yang mengkritik cara mereka berlawak yang seolah-olah terlalu selesa dek populariti Jep yang baru dinobatkan sebagai Juara Super Spontan 2013.



Seperti kekurangan idea, mereka gemar membuat lawak yang diluar skrip seperti menyalahkan anggota baru Rahim sebagai tiada fungsi. Punchline pula tak sampai kerana lawak yang diulang-ulang dan nampak bosan. Bila berada di bottom 3 barulah mereka rasa yang pengundi tidak akan membuang duit mengundi lawak yang tidak berkualiti. 



Banyak lagi kumpulan yang bagus seperti Jambu, SYJ, Shiro dan Bocey yang cuba memberi persembahan terbaik setiap minggu. Apakah zaman Jep akan berakhir di Maharaja Lawak Mega 2013? Sebab tu orang cakap jangan terlalu bangga dengan kejayaan lalu. Kelak akan memakan diri.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Singapura Sukan SEA 21 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

BURU PINGAT GANGSA

MALAYSIA VS SINGAPURA TEMPAT KE 3/4 SUKAN SEA 2013, LIVE TEMPAT PINGAT GANGSA MALAYSIA VS SINGAPORE

Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Singapura

Harapan untuk melihat pasukan Harimau Muda melengkap hatrick pingat emas Sukan SEA berkecai apabila tendangan penaliti terakhir pemain Indonesia masuk menerjah gawang menewaskan Idzham Tarmizi. Begitulah agaknya kesedihan yang dirasakan oleh pemain Indonesia sewaktu kalah dalam final Sukan SEA 2011. Mungkin ada kelemahan yang kita boleh perbaiki untuk masa akan datang.



Peminat tidak boleh menyalahkan pemain Malaysia 100% kerana dari awal-awal lagi kita sudah diuji dengan kehilangan beberapa tonggak utama yang sudah berlatih selama 2 tahun bersama skuad emas ini. Sususan jadual perlawanan juga tidak memihak kepada kita dengan kesemua perlawanan peringkat kumpulan dipaksa bermain pada waktu 4.00 petang.



Hanya mereka yang berpengalaman sahaja yang tahu betapa penatnya beraksi di dalam cuaca panas. Indonesia pula agak beruntung kerana mendapat kelebihan rehat satu hari berbanding pasukan Malaysia. Jadi faktor begini perlu dinilai sebelum kita meletakkan kesilapan di bahu mereka. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/