Live Streaming Malaysia vs Singapura Sukan SEA 21 Disember 2013 | Astro Arena
Penulis: Que | Kategori: 2013-2014 , astro arena , bola sepak , harimau muda , jadual , keputusan perlawanan , live streaming , malaysia , ong kim swee , siaran langsung , singapura , sukan , Sukan SEA , terkini
BURU PINGAT GANGSA
Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Singapura
Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Singapura
Harapan untuk melihat pasukan Harimau Muda melengkap hatrick pingat emas Sukan SEA berkecai apabila tendangan penaliti terakhir pemain Indonesia masuk menerjah gawang menewaskan Idzham Tarmizi. Begitulah agaknya kesedihan yang dirasakan oleh pemain Indonesia sewaktu kalah dalam final Sukan SEA 2011. Mungkin ada kelemahan yang kita boleh perbaiki untuk masa akan datang.
Peminat tidak boleh menyalahkan pemain Malaysia 100% kerana dari awal-awal lagi kita sudah diuji dengan kehilangan beberapa tonggak utama yang sudah berlatih selama 2 tahun bersama skuad emas ini. Sususan jadual perlawanan juga tidak memihak kepada kita dengan kesemua perlawanan peringkat kumpulan dipaksa bermain pada waktu 4.00 petang.
Hanya mereka yang berpengalaman sahaja yang tahu betapa penatnya beraksi di dalam cuaca panas. Indonesia pula agak beruntung kerana mendapat kelebihan rehat satu hari berbanding pasukan Malaysia. Jadi faktor begini perlu dinilai sebelum kita meletakkan kesilapan di bahu mereka.
Harapan Malaysia kali ini hanyalah pingat gangsa. Tetapi Harimau Muda terlebih dulu perlu menundukkan musuh tradisi Singapura dalam perlawanan penentuan tempat ke - 3/4. Sebelum ini di peringkat kumpulan kita terikat 1-1 hasil jaringan minit terakhir Rozaimi Abdul Rahman. Kekuatan Singapura lebih terarah kepada situasi bola mati (set pieces) dan counter attack. Jadi pemain Harimau Muda perlu berwaspada setiap masa dan elak dari melakukan kekasaran di kawasan berbahaya.
Penyerang kita pula agak tumpul bila menentang pasukan elit dan sangat membimbangkan. Thamil banyak mensiakan peluang di depan gol. Rozaimi agak lemah bila berdepan dengan pertahanan yang mempunyai fizikal yang besar. Kawalan di bahagian midfield juga agak rapuh. Irfan Fazail hilang punca. Nasir sering kali silap membuat keputusan. Hanya Nazmi Faiz yang mempunyai visi terhadap kualiti hantaran ke bahagian serangan.
Buat kali terakhir petang ini kita mengharapkan sesuatu yang menyakinkan. Jangan berulang lagi episod sepakan penalti kerana kita tidak mahu kehilangan pingat gangsa dengan faktor nasib. Selamat berjuang Harimau Muda!
Jom pakat sokong Harimau Muda di Sukan SEA 2013
Siaran Langsung Perlawanan Malaysia vs Singapore | Penentuan 3/4
21 Disember 2013 (Sabtu)
5.30 pm waktu Malaysia
Live di Astro Arena (801), TV9 & TV1
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..