1
COMMENT
MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 5 - SHIRO PALING MANTAP
Penulis: Que | Kategori: boboi , bocey , dailymotion , hiburan , jambu , lawak , live streaming , maharaja lawak mega 2013 , nabil , sepahtu , shiro , syj , video
BOBOI TAK SABAR NAK KELUAR
Shiro mendapat pujian daripada juri kerana sering kali tampil dengan idea dan lawak yang segar di pentas Maharaja Lawak Mega 2013. Sepatutnya tema 'bebas' menjadi makanan para peserta lain kerana tidak terikat dengan mana-mana topik. Malam semalam antara kumpulan yang mempamerkan lawak berkualiti ialah kumpulan Shiro, SYJ dan Bocey.
Boboi mula menunjukkan sikap kurang profesional mereka dengan mengetengahkan lawak secara perli sebab mereka tidak dibenarkan keluar dari Maharaja Lawak Mega 2013. Format pertandingan dah jelas bergantung pada undian peminat dan markah juri. Tolong lah respek duit orang.
Akhirnya Zero yang terkeluar pada minggu ini. Mungkin pengundi di Sabah mempertaruhkan dan percaya bakat kumpulan Wala untuk pergi lebih jauh kali ini. Sepahtu dan Nabil juga dilihat kekurangan idea bila terpaksa mengulang lawak yang sama beberapa kali. Jambu pulak masih dengan lawak mengarutnya tetapi mampu membuat penonton tergelak.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq











