NO COMMENTS
Senarai pendek 23 calon pemenang anugerah FIFA Ballon d'Or 2013
Penulis: Que | Kategori: ballon d'or , bayern , bola sepak , FIFA , manchester united , sukan
VAN PERSIE TERSENARAI
Live : Keputusan Akhir FIFA Ballon d'Or 2013 [Klik]
Van Persie menjadi wakil tunggal pemain Manchester United yang tersenarai dalam 23 calon pemenang anugerah FIFA Ballon d'Or 2013 yang diumumkan semalam. Bayern Munich paling ramai dengan 6 orang pemain ekoran kejayaan mereka menjuarai kejohanan UEFA Champions League musim lalu.
Pemenang Ballon d'Or 4 kali, Lionel Messi juga termasuk dalam senarai ditemani calon top 3 2012, Ronaldo dan Iniesta. EPL hanya mempunyai 5 orang wakil dengan Ozil (bekas pemain Real Madrid), Suarez, Yaya Toure dan Hazard bersama-sama Van Persie.
Undian akan dilakukan oleh kapten dan pengurus pasukan negara dan wakil media yang terpilih. Calon top 3 anugerah FIFA Ballon d'Or 2013 dijangka akan diketahui pada awal Disember nanti.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq











