Home » , , , , , , , , , , » Undian Peringkat Kumpulan | Bola Sepak Bawah-23 Sukan SEA 2013

Undian Peringkat Kumpulan | Bola Sepak Bawah-23 Sukan SEA 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

DEBARAN DATUK OKS DAN HARIMAU MUDA


KEPUTUSAN UNDIAN BOLA SEPAK SUKAN SEA MYANMAR 2013, KUMPULAN BOLA SEPAK SUKAN SEA 2913, UNDIAN SKUAD HARIMAU MUDA DI SUKAN SEA 2013


6 November 2013 akan menjadi detik yang mendebarkan untuk Datuk Ong Kim Swee dan pemain Harimau Muda. Pada hari tersebut mereka akan diundi bersama 9 negara lain untuk menentukan di mana Malaysia dalam kumpulan bola sepak Sukan SEA 2013. Proses undian akan diadakan di Nayphitaw, Myanmar.



Berjuta peminat bola sepak di rantau ini ternanti-nanti apakah keputusan undian kejohanan kedua terpenting selepas Piala AFF Suzuki itu. Dua  tahun lalu, Malaysia mempertahankan pingat emas apabila menewaskan tuan rumah, Indonesia dalam Final Sukan Sea 2011.



Undian itu nanti akan memberi gambaran siapakah lawan yang akan Malaysia hadapi di Sukan SEA 2013. Myanmar semestinya mahu mengelak berjumpa dengan Malaysia di peringkat kumpulan melihat kepada prestasi semasa Harimau Muda Pesta Bola Merdeka 2013.



Terkini : Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Bola Sepak Sukan SEA 2013


Kumpulan A : Malaysia, Vietnam, Laos, Brunei, Singapura

Kumpulan B : Indonesia, Myanmar, Timur Leste, Thailand, Kemboja




10 pasukan akan diundi dalam 2 kumpulan. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.


Senarai negara yang akan terlibat dalam undian peringkat kumpulan bola sepak Sukan Sea 2013.



 Brunei
 Cambodia
 Indonesia
 Laos
 Malaysia
 Myanmar
 Singapore
 Thailand
 Timor-Leste
 Vietnam





Skuad bola sepak bawah-23 Philippines khabarnya masih belum pasti menghantar pasukan mereka kerana pencapaian yang buruk 2 tahun lalu.



Kali terakhir Myanmar memenagi pingat emas selaku tuan rumah pada tahun 1969. Mereka juga menanti untuk membawa pulang pingat emas pertama Sukan SEA dalam tempoh 40 tahun sejak tahun 1973.



Rekod sebelum ini menunjukkan Myanmar pernah memenangi 5 pingat emas dibelakang Malaysia (6) dan Thailand (10).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Undian Peringkat Kumpulan | Bola Sepak Bawah-23 Sukan SEA 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets