Home » , , , , , , , » Datuk Ong Kim Swee ?

Datuk Ong Kim Swee ?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

ONG KIM SWEE DESERVED IT


DATUK ONG KIM SWEE, GELARAN DATUK KEPADA ONG KIM SWEE



Ong Kim Swee, jurulatih skuad Harimau Muda negara bakal dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk Ahad ini. Ianya bersempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.



Anugerah ini diberi atas sumbangan beliau menaikkan nama Melaka dan Malaysia dalam sukan bola sepak. Kejayaan terbaru beliau semasa membimbing pasukan bawah 23 tahun negara menjuarai Pesta Bola Merdeka 2013.



Sepanjang kariernya, bekas pemain kebangsaan itu pernah menabur bakti bersama Melaka, Sarawak dan Sabah. Sumbangannya paling diingati adalah memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 di Indonesia dengan menewaskan tuan rumah di final.



KEJAYAAN DATUK ONG KIM SWEE



Sedikit fakta tentang karier Ong Kim Swee sebagai pemain dan jurulatih


  • Bermula dengan menyertai pasukan bola sepak negeri Melaka pada awal 90-an


  • Pada 1993, Kim Swee menyertai Sarawak FA yang mana beliau bermain selama dua musim sebelum berpindah ke Sabah FA pada akhir 1994

  • Dengan Sabah beliau memenangi Piala FA Malaysia pada 1995 dan Liga M pada 1996

  • Selain menyertai pasukan Olimpik Malaysia yang digelar 'Barcelona 1992' di bawah jurulatih Chow Kwai Lam, beliau turut menyertai skuad negara bagi Sukan Asia 1994 dan juga bermain bagi Pilihan Malaysia yang berjaya mengikat kelab Flamengo 1-1 di dalam perlawanan persahabatan pada tahun 1995 

  • Sebagai jurulatih, Kim Swee pernah melatih pasukan Melaka pada tahun 2005. Kemudiannya beliau menimba pengalaman selaku jurulatih pasukan remaja Bayern Munich. Pada tahun 2009, Kim Swee mengambil alih ketua jurulatih Harimau Muda daripada Datuk K. Rajagopal dan memenangi Liga Perdana Malaysia dengan Harimau Muda pada tahun tersebut.


Syabas #OKS . Semoga terus sukses dan menaikkan nama bola sepak negara pada tahap yang lebih tinggi.



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Datuk Ong Kim Swee ? "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets