PC EXPO 1 - 3 NOVEMBER 2013 | MID VALLEY KUALA LUMPUR

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PC EXPO KEMBALI LAGI


PC EXPO 2013 MID VALLEY KL, PAMERAN PC NOVEMBER 2013, PAMERAN IT 1-3 NOVEMBER 2013 MID VALLEY, PC FAIR 2013 MID VALLEY 2013, IT FAIR NOVEMBER 2013



Pameran IT yang paling popular selepas PC Fair kembali lagi. Ini mungkin kali terakhir PC Expo diadakan dalam tahun 2013. Jadi jangan ketinggalan untuk merebut peluang dalam acara lelong yang semakin diminati ramai pengunjung. Anda boleh menang gadjet idaman pada harga yang sangat rendah. Lihat entri ini.



Program : PC Expo 2013

Tarikh : 1 - 3 November 2013

Masa : 11 pagi - 9 malam

Tempat : Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Bayaran Masuk : Percuma



Antara aktiviti yang disediakan ialah Happy Hour, Auction RM1, Lucky Draw dan macam-macam lagi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 3 | 23 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

ARSENAL DAN BARCELONA PASUKAN PILIHAN



Jadual Terkini UCL 2013/14 Setiap Minggu [Klik]

AC Milan bakal melayan Barcelona di San Siro awal pagi esok. Pertemuan dua gergasi bola sepak Eropah ini amat dinantikan oleh peminat seluruh dunia. Barcelona mendahului kumpulan H dengan 6 mata manakala AC Milan berada di tempat ke-2 dengan 4 mata. Jika Milan berhasrat untuk menjadi juara kumpulan, mereka perlu menang dalam perlawanan ini untuk mencerahkan peluang sebelum bertandang ke Nou Camp.



Dalam kumpulan F, Arsenal bakal berdepan jentera serangan Dortmund yang diketuai Robert Lewandowski. Perlawanan ini pasti sengit kerana Wenger dan Klopp masing-masing gemar corak permainan menyerang dan counter attack.



Chelsea pula akan ke Germany untuk menentang pendahulu kumpulan E, Schalke 04. Mampukah kelab Inggeris itu menewaskan kelab dari Germany yang begitu unggul di laman mereka?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton French Open 2013 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA PERANCIS 2013


POSTER BADMINTON TERBUKA FRANCE 2013, JADUAL BADMINTON TERBUKA PERANCIS 2013 WAKTU MALAYSIA, LEE CHONG WEI VS CHEN LONG FINAL FRENCH OPEN 2013, JADUAL SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR FINAL TERBUKA PERANCIS 2013



Selepas tumpas kepada pemain China, Chen Long dalam Final Terbuka Denmark Ahad lepas, Datuk Lee Chong Wei kembali mengetuai pasukan negara beraksi di Kejohanan Terbuka Perancis 2013. Kejohanan ini akan berlangsung selama 6 hari bermula 22 Oktober hingga 27 Oktober 2013.



Seperti biasa, Kafe Que akan membawa laporan ringkas sepanjang kejohanan yang melibatkan pemain Malaysia. Selain Lee Chong Wei, Malaysia menghantar Liew Daren dan Chong Wei Feng dalam kategori perseorangan lelaki.



Sementara dalam kategori beregu lelaki akan di wakili Koo Kien Keat / Tan Boon Heong dan Hoon Thien How / Tan Wee Kiong. Chan Peng Soon / Goh Liu Ying beraksi dalam beregu campuran.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/