Football Manager 2013 memang berhantu | Ong Que Swee

Penulis: Que | Kategori: ,

FM2013 Addict





Ada tak yang dah main Football Manager 2013 (FM 2013)? Siapa yang minat bola sepak tu aku syorkan korang try game ni. Barulah boleh jadi penganalisis bola sepak macam aku. Haha. Kat Facebook tu ramai sangat yang komen pasal bola tapi kebanyakannya berlandaskan emosi semata. Yang bercakap pasal fakta dan faktor lain sangat kurang.



Bola sepak ni bukan hanya setakat menang dan kalah. Nak tahu lebih korang kena beli DVD FM2013 dan jadi manager baru tau susah ke senang nak menang liga atau trofi. Aku dah masuk 3 musim dalam FM 2013. Memang ketagih! Padahal baru start hujung bulan September.



Nanti aku akan kongsikan kejayaan dan kejatuhan semasa menjadi pengurus baru Manchester United. Disebabkan aku minat Ong Kim Swee aku pakai nama Ong Que Swee. Ok tak? Hehe.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kesan Ranking Bola Sepak FIFA kepada Piala Dunia 2014 | Malaysia Ke-160

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

SIAPA KATA RANKING TAK PENTING?




Entri ini menjawab persoalan orang tertentu yang mengatakan ranking bola sepak FIFA tidak penting. Semalam FIFA telah mengeluarkan ranking terbaru selepas tamat pusingan kelayakan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014. Sehingga saat ini, 21 negara sudah layak ke Kejohanan Piala Dunia Brazil tahun depan. Boleh lihat senarai di sini.



Mungkin ada yang kurang pasti tentang seeding atau pengasingan dalam proses undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2014. Lapan (8) negara yang mempunyai ranking tertinggi akan berada dalam balang 1 dan mereka tidak akan bertemu sesama sendiri sehingga ke pusingan kedua (bergantung pada kedudukan di peringkat kumpulan)



Spain (1st), Germany (2nd), Argentina (3th), Colombia (4th), Belgium (5th), Switzerland (7th) dan Brazil (11th - layak selaku tuan rumah) sudah pasti menjadi pasukan pilihan dalam undian itu nanti. Nasib kini bergantung kepada Uruguay (6th) yang terpaksa bermain play-off menentang Jordan. Jika gagal, Netherlands (8th) akan dipilih untuk berada dalam balang 1.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Peluang Malaysia Untuk Layak Ke Piala Asia 2015 | Analisis Kumpulan D

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

 Analisis #KelayakanPialaAsia2015


BOLEH KE MALAYSIA LAYAK KE PIALA ASIA 2015? PELUANG MALAYSIA KE PIALA ASIA 2015


Dua hari lepas seluruh peminat bola sepak tempatan bercakap mengenai peluang Malaysia ke Piala Asia 2015. Masihkah ada harapan untuk kita ke Australia? Sebelum aku meneruskan analisis selanjutnya, rasa belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pemain Malaysia yang bekerja keras menentang Bahrain untuk mendapatkan satu mata yang sangat berharga ini.



Ada yang kata Malaysia sepatutnya boleh menang perlawanan itu. Memang ada benarnya kerana Bahrain dilihat kurang sengat dan kita beraksi di gelanggang sendiri. Jika kedudukan terikat 0-0 pada separuh masa, mungkin kita ada peluang untuk dapatkan tiga (3) mata.



Malangnya, Bahrain terlebih dahulu mendapat gol dalam minit terakhir sebelum pengadil meniup wisel penamat separuh masa pertama. Kelalaian sebegini tidak sepatutnya berlaku. Tiada seorang pun pemain negara yang cuba menghalang sepakan deras pemain Bahrain, Abdulla Saleh dan akhirnya melihat saja bola menerjah gawang. 1-0 Bahrain mendahului.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/