NO COMMENTS
[Video] Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia | 12 Oktober 2013
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , england , highlight , kelayakan piala dunia , keputusan perlawanan , rekod , sukan , video , youtube
4 LAGI NEGARA LAYAK KE PIALA DUNIA 2014
Senarai negara yang layak ke Piala Dunia [Klik]
Empat lagi negara telah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Belgium, Germany dan Switzerland menjuarai kumpulan masing-masing walaupun masih berbaki 1 perlawanan pusingan kelayakan zon Eropah. Manakala Columbia pula menjadi wakil kedua dari benua Amerika Selatan selepas Argentina yang mara secara automatik.
Spain dan Russia bagaimanapun terpaksa menunggu hingga Rabu ini kerana secara metematiknya mereka masih belum terselamat dari pusingan play-off. Portugal dan France perlu menang besar dalam perlawanan terakhir sambil mengharapkan kekalahan pendahulu kumpulan (Spain & Russia) kalah dengan jaringan yang banyak.
Uruguay juga berdepan dengan risiko bermain untuk tempat play-off setelah tewas di tangan Ecuador. England mampu menarik nafas lega apabila menang besar 4-1 ke atas Montenegro untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu. Diekori rapat oleh Ukraine yang dipisahkan hanya 1 mata, England tiada pilihan lain selain menang dalam pertemuan terakhir menenatang Poland.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq











