Gol Adnan Januzaj | Sunderland vs Manchester United 6 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

WONDERKID SELAMATKAN UNITED



Dalam perlawanan awal pagi tadi, United seolah-olah menempah kekalahan ketiga berturut-turut dalam EPL. Tiba-tiba saja pemain muda yang diberi kepercayaan untuk bermain kesebelasan utama, Adnan Januzaj meledak gol penyamaan pada minit ke- 55. Gol peribadi pertama beliau dalam skuad senior Manchester United.



Nampak gayanya pertaruhan David Moyes untuk meletakkan Adnan menjadi. Bukan mudah untuk seorang pemain muda bermain dalam tekanan tinggi di tempat lawan. Tetapi Adnan membuktikan kenapa Kagawa tiada dalam kesebelasan utama. Berasal dari Belgium, Adnan (18 tahun) melakar sejarah dengan menambah gol kedua untuk United melengkapkan kebangkitan 2-1.



Permulaan United sedikit goyah apabila kesilapan pertahanan menghadiahkan Sunderland gol pertama menerusi Gardner seawal minit ke-5. Bagaimanapun keadaan mungkin akan jadi lebih sukar jika tidak kerana De Gea menepis tandukan Giaccherini (minit 34'). World class save!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tips : Bila Waktu Sesuai Untuk Minum Air Kosong ?

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR KOSONG


FAKTA WAKTU PALING BAIK UNTUK MINUM AIR KOSONG SUAM MINERAL, BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR SUAM,



Air.. Semua orang pernah minum air kan. Air mineral, jus buah-buahan, dan pelbagai perisa lagi yang boleh kita dapati. Tapi dalam entri ini hanya akan lebih fokus pada air kosong atau mineral sahaja kerana minuman ini adalah yang terbaik diperlukan oleh tubuh setiap manusia selain dapat mencegah penyakit kencing manis.



Tahukah anda bila waktu paling baik untuk minum air? Masa kita dahaga? Kurang tepat! Sebenarnya ada kajian yang telah dibuat tentang perkara ini. Minum air pada waktu-waktu tertentu dapat mengelakkan penyakit sebenarnya.



Minumlah air pada masa-masa di bawah ini. Amalkan dan anda boleh lihat perubahan pada diri anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Giggs Pecah Rekod Penampilan Terbanyak Dalam Sejarah UEFA Champions League

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

145 PENAMPILAN | 39 TAHUN





Penampilan Ryan Giggs dalam perlawanan menentang Shakhtar Donetsk tempoh hari mencatatkan rekod baru dalam kejohanan UEFA Champions League. Sebelum ini beliau dan seorang lagi pemain lagenda, Raul berkongsi tempat dengan 144 penampilan. Rekod ini juga dibantu dengan penyambungan kontrak bersama Manchester United walaupun sudah berusia 39 tahun.



Kejayaan paling manis Giggs dalam UEFA Champions League ketika menjadi juara dua kali pada tahun 1999 dan 2008. Selain itu beliau juga memegang rekod pemain tertua yang berjaya menjaringkan gol dalam UCL ketika menentang Benfica pada 14 September 2011 (37 tahun 289 hari).



Mungkin pada usia yang hampir mencecah 40-an beliau sudah tidak sepantas 22 tahun yang dulu. David Moyes mungkin lebih banyak menggunakan Giggs jika perlu sahaja dan sebagai pemain simpanan. Untuk bermain EPL memerlukan fizikal dan stamina yang tinggi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/