Home » , , , , , , , » Giggs Pecah Rekod Penampilan Terbanyak Dalam Sejarah UEFA Champions League

Giggs Pecah Rekod Penampilan Terbanyak Dalam Sejarah UEFA Champions League

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

145 PENAMPILAN | 39 TAHUN





Penampilan Ryan Giggs dalam perlawanan menentang Shakhtar Donetsk tempoh hari mencatatkan rekod baru dalam kejohanan UEFA Champions League. Sebelum ini beliau dan seorang lagi pemain lagenda, Raul berkongsi tempat dengan 144 penampilan. Rekod ini juga dibantu dengan penyambungan kontrak bersama Manchester United walaupun sudah berusia 39 tahun.



Kejayaan paling manis Giggs dalam UEFA Champions League ketika menjadi juara dua kali pada tahun 1999 dan 2008. Selain itu beliau juga memegang rekod pemain tertua yang berjaya menjaringkan gol dalam UCL ketika menentang Benfica pada 14 September 2011 (37 tahun 289 hari).



Mungkin pada usia yang hampir mencecah 40-an beliau sudah tidak sepantas 22 tahun yang dulu. David Moyes mungkin lebih banyak menggunakan Giggs jika perlu sahaja dan sebagai pemain simpanan. Untuk bermain EPL memerlukan fizikal dan stamina yang tinggi.



Rekod Penampilan Terbanyak Dalam UEFA Champions League


1) Ryan Giggs - 145
2) Raul - 144
3) Paolo Maldini - 140
4) Xavi* - 136
5) Clarence Seedorf - 131
6) Paul Scholes - 130
7) Iker Casillas* - 129

* masih bermain dalam UCL


Xavi dan Casillas antara pencabar yang mampu memecahkan rekod Giggs nanti memandangkan pasukan Real Madrid dan Barcelona mampu mara lebih jauh untuk 5 tahun akan datang. Semua bergantung pada tahap kecergasan dan kecederaan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Giggs Pecah Rekod Penampilan Terbanyak Dalam Sejarah UEFA Champions League "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets