Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2014 | Bulan September

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

ITALY DAN BELANDA LAYAK


PASUKAN YANG LAYAK KE WORLD CUP 2014 ARGENTINA BRAZIL ITALY BELANDA HOLLAND



Lima lagi pasukan telah menempah tiket ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2014 di Brazil menjadikan jumlah setakat ini kepada 10 buah negara. Italy dan Netherlands menjadi wakil awal dari Zon Eropah setelah menjuarai kumpulan masing-masing awal pagi tadi walaupun berbaki 2 perlawanan.



Dari Zon Amerika Utara, negara Amerika Syarikat dan Costa Rica menjadi 2 pasukan terawal mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014. Terbaru negara kelahiran  Lionel Messi, Argentina turut layak menjadi wakil pertama dari Zon Amerika Selatan. Rujuk entri senarai terkini negara yang layak ke Piala Dunia 2014.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming : Malaysia vs Thailand | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MUDA LAYAN PILIHAN THAILAND


MALAYSIA VS THAILAND LIVE ASTRO 2013, LIVE STREAMING HARIMAU MUDA VS THAILAND SEPTEMBER 2013 PESTA BOLA MERDEKA, SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND PESTA BOLA MERDEKA, KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS THAILAND 11 SEPTEMBER 2013
Harimau Muda vs Thailand


Video Gol Malaysia vs Thailand | PestaBolaMerdeka2013 [Klik]


Perlawanan terakhir peringkat kumpulan Pesta Bola Merdeka 2013 akan menemukan pendahulu liga Malaysia dengan musuh tradisi, Thailand. Malaysia yang sudah mengesahkan tempat ke final Pesta Bola Merdeka edisi ke-41 akan turun tanpa tekanan berbanding Thailand yang memerlukan sekurang-kurangnya 1 mata untuk layak.



Harga tiket untuk menonton Pesta Bola Merdeka 2013 juga diturunkan kepada RM20 sebagai langkah menarik lebih ramai peminat untuk memberi sokongan kepada pasukan Harimau Muda malam ini dan Final Pesta Bola Merdeka nanti. Untuk tempahan sila ke laman ini.



Ong Kim Swee akan menggunakan perlawanan menentang pasukan pilihan Thailand untuk merombak beberapa posisi dan memberi peluang kepada pemain yang masih belum beraksi dalam Pesta Bola Merdeka 2013.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan Malaysia vs China 10 September 2013 | International Friendly

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MALAYA PARAH


KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS CHINA VS MALAYSIA PERSAHABATAN 10 SEPTEMBER 2013, GOL MALAYSIA VS CHINA 2013


Nampaknya tiada keajaiban yang mampu dijelmakan oleh Harimau Malaya dan jurulatih kesayangan ramai Datuk K. Rajagobal. Keputusan 2-0 jelas menunjukkan tiada peningkatan jauh sekali memberi tentangan hebat kepada pasukan tuan rumah, China. Sepanjang perlawanan Malaysia hanya bertahan. Kawalan bola yang begitu lemah membantutkan usaha mencari gol. Tidak keterlaluan jika aku katakan pasukan Harimau Muda bermain lebih kemas dan bijak.

☛☛| FIFA : International Friendly |☚☚
════════════════════════
[ Full Time ]
China [ 2 - 0 ] Malaysia

☛☛| Match Details |☚☚
═════════════════════
43' [ 1 - 0 ] Zhi Zheng
57' [ 2 - 0 ] Peng Zhao

Melihat kepada perlawanan malam ini, jangan mimpilah untuk mengutip 3 mata penuh bila berdepan dengan Bahrain dan Qatar tak lama lagi. Kami peminat sudah lali dengan permainan Harimau Malaya. Tolong rombak dan panggil pemain yang mempamerkan prestasi terbaik ketika ini. Bukan hanya bergantung kepada sumbangan 3 tahun lepas sahaja. Sekian.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/