[Video] Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Thailand | Pesta Bola Merdeka 2013
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , dailymotion , gol , harimau muda , highlight , keputusan perlawanan , malaysia , ong kim swee , pesta bola merdeka , rajagobal , sukan , thailand , video , youtube
HARIMAU MUDA SAPU BERSIH
Barisan kedua Harimau Muda tiada masalah untuk menundukkan pasukan Thailand dengan jaringan 3-0 malam tadi. Ong Kim Swee membuat keputusan yang tepat untuk merombak pasukan memandangkan Malaysia sudah layak ke final Pesta Bola Merdeka 2013. Rozaimi yang diturunkan dalam kesebelasan utama membalas kepercayaan itu dengan 2 gol.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Myanmar berjaya menewaskan Singapura 2-0 di Stadium Mini Temerloh untuk mengiringi Malaysia dalam perlawanan akhir nanti. Pertemuan kedua antara Malaysia dan Myanmar bakal menjanjikan aksi yang menarik dan sengit.
Thailand dan Singapura terpaksa berpuas hati dengan perlawanan penentuan tempat ke-3/4.
Harimau Muda mengekalkan rekod bersih dengan 9 mata dari 3 perlawanan manakala Singapura menjadi pasukan tercorot tanpa mengutip sebarang mata dan gol di peringkat kumpulan.
2 pasukan teratas layak ke final |
Dalam perlawanan tadi, Malaysia banyak mencipta sekali gerakan cantik namun seperti perlawanan sebelum penyudah kita agak mengecewakan. 3 gol boleh dikatakan bagus tetapi ada beberapa keadaan di mana kita sepatutnya boleh menambah jaringan.
Pemain Malaysia nampak lebih cergas. OKS berupaya melakukan rombakan kerana kita sudah layak ke Final. Thailand pula perlukan seri dan bermain 3 perlawanan dalam masa 5 hari amat memenatkan
Ramai peminat yang mencadangkan supaya Ong Kim Swee menurunkan Rozaimi berbanding Thamil Arasu, Sabtu ini. Tapi bagi aku, jika hanya dilihat 1 perlawanan dengan lawan yang kurang kompetitif berbanding Myanmar, cadangan tersebut dirasakan kurang sesuai. Mungkin Ong Kim Swee akan menurunkan Thamil dahulu, tetapi jika ada sebarang perubahan taktikal khidmat Rozaimi akan digunakan.
Video Gol Malaysia vs Thailand | 11 September 2013
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
September 12, 2013 at 9:48 PM
Rozami dan Thamil Arasu ialah dua penyerang berbeza. Satu keras dan bertenaga, manakala satu lagi fox in the box iaitu penyerang yg bijak menghidu peluang. Ibarat Romalu Lukaku dan Javier Hernandez.
[Reply to comment]Since Malaysia lebih superior dari segi permainan dari Myanmar, maybe baik di gandingkan kedua-duanya. Tak perlu ramai sgt di bahagian tengah.
September 13, 2013 at 4:36 AM
@Ismail N OKS tahu kekuatan Myanmar dr counter attack yg sgt laju. sbb tu dia main 3 midfield Nazmi-Junior-Irfan untk cover defend. Kalau nak bole juga start rozaimi sblh kiri Wan Zack kanan & Thamil top striker