Siaran Langsung & Jadual Perlawanan UEFA Champions League 2013/2014 | Liga Juara-Juara Eropah @ Astro Live Streaming

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum bermula Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim 2013/14. Setelah undian peringkat kumpulan yang telah diadakan pada akhir bulan Ogos (lihat di sini), sebanyak 32 buah pasukan akan merebut piala UEFA Champions League yang telah dimenangi Bayern Munich musim lalu. Pada yang nak join Fantasy UCL boleh pegi sini.



jadual perlawanan uefa champion league 2013/14,siaran langsung astro jadual perlawanan liga juara - juara eropah uefa champions league ucl 2013 2014 waktu malaysia,live streaming astro uefa champions league 2013/2014 match,uefa fantasy 2013 website,jadual penuh siaran langsung uefa champions league 2013/2014,masa perlawanan uefa champions league ucl waktu malaysia,siaran langsung astro supersport uefa champions league live streaming



Keputusan undian nampaknya bakal menyaksikan beberapa kelab ternama Eropah bersaing dalam kumpulan maut. Pertembungan Real Madrid vs Juventus, Bayern Munich vs Manchester City, Barcelona vs AC Milan dan Arsenal vs Dortmund dijangka menjadi tumpuan hangat peminat bola sepak dunia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Super Cup 2013 | Bayern Munich Juara Kalahkan Chelsea

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

LUKAKU LUKAMU JUA





Bayern Munich bangkit dua kali dari ketinggalan untuk membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti awal pagi tadi. Torres membuka jaringan seawal minit ke-8 walaupun Bayern mendominasi penguasaan bola pada separuh masa pertama. Taktik Mourinho masih sama - bertahan dan counter attack. Bayern menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua apabila Pemain Terbaik UEFA 2013, Ribery merembat cantik dari luar kotak penalti.



Lewat permainan Chelsea dihadiahkan kad merah setelah Ramirez dilayangkan kad kuning ke-2 pada minit ke-85. Kedudukan kekal hingga tamat 90 minit. Dalam masa tambahan, Hazard melakukan gerakan solo menarik menewaskan Neuer untuk Chelsea sekali lagi mendahului Bayern. Ketika menanti wisel penamat, Javi Martinez meledak gol penting buat Bayern dan mengheret ke penentuan sepakan penalti. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian UEFA Champions League 2013/14 Peringkat Kumpulan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID, ARSENAL & BARCELONA DALAM KUMPULAN MAUT


keputusan undian peringkat kumpulan ucl 2013/14, senarai kumpulan ucl 2013 2014, undian penuh kumpulan A B C D E F G H uefa champions league 2013-2014
kredit : UEFA.com


Jadual Perlawanan UCL 2013/14 [Klik]


Seperti diduga dalam entri sebelum ini undian peringkat kumpulan UEFA Champions League 2013/14 memang menarik. Kelab ternama yang berada dalam balang 3 dan 4 melengkapkan beberapa 'kumpulan maut'. Manchester United dan Chelsea dilihat mendapat undian yang boleh dikatakan agak mudah. Arsenal dan Manchester City pula terpaksa berentap dengan finalis UEFA Champions League musim lalu untuk layak ke pusingan kalah mati.



Tumpuan harus diberikan kepada kumpulan B yang menyaksikan Real Madrid, Juventus (Juara Serie A), Galatasaray (Juara liga Turki) dan Copenhagen. Tugas berat menanti Carlo Ancelotti untuk memenangi UEFA Champions League untuk Real Madrid (kali terakhir pada tahun 2002) sekiranya mereka gagal mencuri mata di Italy dan Turki. Tak kurang hebatnya kumpulan F antara Arsenal, Marseille, Dortmund dan Napoli.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/