JADUAL SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BADMINTON SUDIRMAN CUP 2013 | LIVE @ ASTRO SUPERSPORT

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

13TH SUDIRMAN CUP | MALAYSIA 2013




Bermula 19 Mei - 26 Mei 2013 Stadium Putra Bukit Jalil bakal menjadi saksi negara manakah yang bakal mengungguli Piala Sudirman 2013. Sebanyak 30 pasukan telah menyertai kejohanan kali ini. Malaysia diundi di dalam kumpulan 1C bersama Jerman dan  Chinese Taipei. Kafeque bakal memberi laporan harian tentang jadual perlawanan hingga ke peringkat akhir.


Kejohanan Badminton Piala Sudirman ini merupakan kejohanan terbesar dalam kalendar tahun 2013. Diadakan setiap 2 tahun, sudah pasti setiap negara ingin turut mengambil bahagian. Format pertandingan hampir sama dengan Piala Thomas di mana kiraan mata berpasukan dalam 5 kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Final Copa Del Rey 2013 | Real Madrid Terima Nasib Sama Dengan Manchester City

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

REAL MADRID 1-2 ATLETICO MADRID (AET)




Perlawanan derby yang penuh drama berakhir dengan pasukan Atletico Madrid menamatkan badi rekod tanpa kemenangan ke atas musuh setempat Real Madrid awal pagi tadi. Seperti dijangka perebutan piala terakhir bola sepak Sepanyol sememangnya sengit dan menyaksikan 14 kad kuning dan 2 kad merah dilayangkan pengadil.


Kedua pasukan mempamerkan corak permainan menarik dan terpaksa ditamatkan dalam masa tambahan setelah terikat 1-1. Bagaimanapun nasib lebih menyebelahi Atletico Madrid apabila 3 percubaan Real madrid terkena tiang dan penjaga gol Atletico menjadi wira pasukan meyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Akhir Copa Del Rey | Real Madrid vs Atletico Madrid

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MISI TERAKHIR REAL MADRID BERSAMA MOURINHO?


real madrid vs atletico madrid 18 mei 2013


Perlawanan derby antara Real Madrid dan Atletico Madrid pasti dinantikan peminat bola sepak dunia dan Sepanyol khasnya. Final Copa Del Rey awal pagi esok menemukan musuh tradisi Madrid untuk membuktikan siapa lebih bertuah kali ini. Rekod kedua pasukan ini lebih memihak kepada Real Madrid yang mengekalkan rekod tanpa kalah sejak tahun 1999.


Real Madrid mara ke perlawanan akhir apabila menumpaskan seteru dan juara La Liga Barcelona dengan aggregat 4-2 manakala Atletico Madrid mengetepikan cabaran Sevilla dengan agregat 4-3. Pemain Atletico Diego Costa mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 7 gol diekori rapat Cristiano Ronaldo dengan 6 gol.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/