Siaran Langsung Final Europa League | Chelsea vs Benfica 16 Mei 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

SIAPA LEBIH HANDAL? PERTARUNGAN BERMULA




Pagi esok merupakan cubaan terakhir dan ke-4 Chelsea membawa pulang trofi ke Stamford Bridge bagi meneruskan rentak ajaib mereka di kejohanan Eropah. Sebagai pasukan yang kaya raya dan baru menjadi juara UEFA Champions League 2011/2012 menerusi sepakan penalti, Chelsea dilihat kerap kali gagal di pentas akhir menentang pasukan bukan pilihan.


Tekanan pasti kini di bahu Benitez untuk melakukan kejutan buat pemilik kelab dan peminat yang meragui kemampuannya. Kejayaan beliau bersama Liverpool pada Final UCL 2005 tetap menjadi ingatan. Pastinya perlawanan pagi esok menjadi taruhan terakhir beliau.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : Mancini kena pecat! Selamat tinggal Manchester City

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PATUT KE TAK PATUT?

gambar mancini kena pecat manchester city


Berakhirlah sudah kotoran degil ni Stadium Etihad. Secara rasminya awal pagi tadi Roberto Mancini dipecat dari jawatan pengurus kelab Manchester City. Setelah 3 tahun setengah menghabiskan masa di Manchester, pemilik kelab kaya raya akhirnya memutuskan untuk mencari pengganti yang lebih berkualiti pada musim depan.


Keputusan ini pada aku adalah tepat kerana Mancini gagal meneruskan kecemerlangan musim lepas setelah berjaya menakluki takhta EPL buat sekian kalinya dalam masa 44 tahun. Sikap terlalu yakin dengan pencapaian lalu tidak boleh diterapkan di liga kompetitif seperti EPL. Pencapaian Manchester United selama 2 dekad lalu memerlukan pengorbanan dan konsistensi. Orang yang bertanggungjawab dalam hal ini adalah pengurus pasukan.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

KEPUTUSAN FINAL ENGLISH FA CUP : MANCHESTER CITY VS WIGAN | 12 MEI 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ANDA SUDAH PERCAYA PADA NASIB??


Manchester City 0-1 Wigan

Jangan ada yang cuba menidakkan kemenangan berharga Wigan ke atas Manchester City dalam Final Piala FA Inggeris 2013 awal pagi tadi. Jaringan Watson pada minit terakhir perlawanan seolah-olah memberi tamparan yang sama kepada Manchester City ketika memenangi kejuaraan EPL musim lalu. Sudah berkali aku menulis pasal nasib dalam bola sepak selain kualiti permainan.


Dalam perlawanan kalah mati anda mungkin mengharungi 5-6 perlawanan dan diundi bersama pasukan yang kurang ternama. Faktor nasib memainkan peranan penting di situ. Berlainan dalam liga di mana anda harus melalui 38 perlawanan yang sengit untuk bergelar juara. Renungkan lah.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/