Home » , , , , , , , , » EPL : Mancini kena pecat! Selamat tinggal Manchester City

EPL : Mancini kena pecat! Selamat tinggal Manchester City

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PATUT KE TAK PATUT?

gambar mancini kena pecat manchester city


Berakhirlah sudah kotoran degil ni Stadium Etihad. Secara rasminya awal pagi tadi Roberto Mancini dipecat dari jawatan pengurus kelab Manchester City. Setelah 3 tahun setengah menghabiskan masa di Manchester, pemilik kelab kaya raya akhirnya memutuskan untuk mencari pengganti yang lebih berkualiti pada musim depan.


Keputusan ini pada aku adalah tepat kerana Mancini gagal meneruskan kecemerlangan musim lepas setelah berjaya menakluki takhta EPL buat sekian kalinya dalam masa 44 tahun. Sikap terlalu yakin dengan pencapaian lalu tidak boleh diterapkan di liga kompetitif seperti EPL. Pencapaian Manchester United selama 2 dekad lalu memerlukan pengorbanan dan konsistensi. Orang yang bertanggungjawab dalam hal ini adalah pengurus pasukan.



Masalah dan alasan yang digunakan Mancini tidak dapat diterima. Mari kita lihat dan bincang bersama.


1. Kegagalan mempertahankan EPL


Beliau kerap menyalahkan yang pasukan bawahan tidak bermain secara bersungguh ketika menentang Manchester United tetapi lebih bersemangat bila berdepan pasukannya. Untuk pengetahuan Mancini, pasukannya tiada pengurus yang hebat seperti Sir Alex Ferguson.


gambar united juara liga 20



Alasan menyalahkan ketiadaan kapten Kompany, Aguero dan Yaya Toure dalam jangka masa yang panjang adalah alasan lapuk. Untuk pengetahuan Mancini sekali lagi, United juga pernah kehilangan khidmat Vidic yang juga kapten pasukan 7 hingga 8 bulan musim lalu. Belum ditambah dengan kecederaan pemain yang paling ramai terutama di bahagian pertahanan hingga memaksa Carrick dan Valencia bermain di luar posisi asal mereka.


Lihat saja beza mata dan jaringan pada musim ini. United kini mendahului 13 mata dan perbezaan jaringan +12 dengan Manchester City.



2. Kegagalan di peringkat Eropah


Umum sudah tahu Manchester City diundi bersama di dalam kumpulan maut bersama juara liga Spain (Real Madrid), Germany (Dortmund) dan Holland (Ajax). Namun dengan status kewangan dan barisan pemain handalan bukanlah alasan untuk Manchester City berada di kedudukan tercorot. Mereka gagal memenangi sebarang perlawanan dan hanya mengumpul 3 mata.






Persoalannya di sini, adakah pengalaman yang kurang boleh dijadikan alasan? David Silva, Sergio Aguero, Kompany, Yaya Toure, Nasri masing-masing pernah beraksi di pentas Eropah. Kegagalan ini seolah-olah meletakkan liga England itu di belakang liga Germany, Spain dan Holland. Jika aku sebagai pengurus, Man City perlu menang kesemua perlawanan di laman sendiri sambil cuba mencuri mata di tempat lawan. Paling lolot pun layak ke Europa League di tempat ke-3 kumpulan.



3. Kegagalan luar biasa dalam Final FA Cup 


Siapa sangka Manchester City kalah dalam perebutan Piala FA Inggeris musim ini. Sudahlah mereka mendapat laluan yang mudah dalam pusingan ke-3 hingga suku akhir. Kalah pula dengan pasukan ditangga ke-17 liga yang sedang bertarung nyawa untuk kekal di EPL.



Pusingan ke-3 : Manchester City 3-0 Watford (Divisyen 1)

Pusingan ke-4 : Stoke 0-1 Manchester City

Pusingan ke-5 : Manchester City 4-0 Leeds United (Divisyen 1)

Pusingan Suku Akhir : Manchester City 5-0 Barnsley (Divisyen 1)

Pusingan Separuh Akhir : Manchester City 2-1 Chelsea

Pusingan akhir : Manchester City 0-1 Wigan



Di peringkat separuh akhir, City masih memiliki kelebihan kerana Chelsea terpaksa mengharungi kejohanan Europa League yang biasa berlangsung pada pagi Jumaat. Selain itu, Chelsea juga mempunyai misi untuk mendapat tempat ke UEFA Champions League musim hadapan. Jadi City masih mampu merehatkan pemain mereka untuk aksi separuh akhir. Kejayaaan Wigan membuktikan bahawa Manchester City bukanlah kuasa yang dominan di England.



4. Perhubungan yang tidak baik antara pengurus dan pemain.


Salah satu kunci kejayaan sesebuah kelab adalah sikap saling menghormati antara pengurus dan pemain. Bagaimana seseorang pemain itu boleh bermain dengan baik jika ada masalah yang menghantui diri mereka? Kelemahan Mancini cukup ketara apabila beliau gemar mengkritik prestasi pemainnya di media tanpa berbincang secara personal terlebih dahulu.





Joe Hart, Balotelli, Nasri, Kompany dan Richard semua menjadi mangsa pengurus mereka yang begitu ego. Salah faham ini menjadikan pemain tidak gembira dan aksi di atas padang menceritakan segalanya. Bola sepak bukan hanya tertumpu pada kemenangan tetapi juga semangat berpasukan yang tinggi.




Menutup perbincangan kita kali ini, mari kita renungkan pencapaian Mancini di Manchester City sejak mengambil alih pasukan pada Disember 2009.


Premier League (1) 2011-2012
FA Cup (1) 2010-2011
Community Shield (1) 2012



Selamat Jalan Mancini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Mancini kena pecat! Selamat tinggal Manchester City "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets