EPL : Sir Alex Ferguson Ketepikan Chicharito Punca United Kalah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

Kami Rindukan Chicharito!!



Tahniah kerana Manchester United sah bergelar juara EPL ke-20 dua minggu lalu dengan liga masih berbaki 4 perlawanan. Mengambil kira bagaimana United melepaskan gelaran kepada Manchester City dengan perbezaan gol musim lalu, kemenangan kali ini lebih bermakna sekali kepada seluruh pasukan United dari manager hinggalah coach dan physio.


Tetapi persembahan selepas mengesahkan kejuaraan liga sangat hambar. Pertama ketika menentang Arsenal di Emirates. Setelah diberi penghormatan oleh pemain Arsenal, rentak permainan United tidak menggambarkan mereka sebagai juara. Lemau dan tidak bermaya. Pemain Arsenal lebih bersemangat untuk mengutip 3 mata bagi memburu tempat ke UEFA Champions League.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MALAYSIA SAHKAN PEMAIN DI FINAL MALAYSIA GRAND PRIX GOLD 2013



Kebangkitan pemain muda negara menyerikan kem Malaysia kerana 2 kategori sudah mengesahkan wakil negara pada slot final esok. Separuh akhir perseorangan lelaki petang ini menampilkan aksi antara Iskandar Zulkarnain vs Soon Huat Goh. Dalam acara beregu lelaki pula beregu nombor 1 negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menentang pasangan Mohd Zakry/Mohd Fairuzizuan.


Beregu campuran dan wanita masing-masing mempunyai 2 dan 1 wakil pemain negara untuk merebut tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia 2013. Kejohanan Super Series ini diadakan di Kompleks Sukan Negara Bukit Kiara dan akan berakhir esok sebelum rakyat Malaysia keluar mengundi pada 5 Mei 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Barcelona vs Bayern Munich | Separuh Akhir Kedua 2 Mei 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

BAYERN MUNICH MUDAH KETEPIKAN CABARAN BARCELONA

KEPUTUSAN PERLAWANAN BARCELONA VS BAYERN MUNICH 2 MEI 2013

Barcelona 0-3 Bayern Munich (Agg 0-7)

Bayern Munich mengajar Barcelona cara sebenar bermain bola sepak dengan taktik menyerang. Sebelum ini Barcelona dikenali sebagai pasukan yang gemar bermain secara total possession atau penguasaan bola yang tinggi. Tapi mereka lupa gol yang lebih akan menjadi penentu kemenangan. Dalam dua perlawanan Barcelona gagal menjaringkan sebarang gol. 


Jika ada yang bertanya contoh one man team, Barcelona adalah salah satu pasukannya. Tanpa Messi, Barcelona hanyalah sebuah pasukan yang biasa. Sebabnya? Jika Messi berada pada prestasi terbaiknya, pasukan lawan memerlukan sekurang-kurangnya 3 pemain untuk menghalang pergerakan beliau.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/