Home » , , , , , , » EPL : Sir Alex Ferguson Ketepikan Chicharito Punca United Kalah

EPL : Sir Alex Ferguson Ketepikan Chicharito Punca United Kalah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

Kami Rindukan Chicharito!!



Tahniah kerana Manchester United sah bergelar juara EPL ke-20 dua minggu lalu dengan liga masih berbaki 4 perlawanan. Mengambil kira bagaimana United melepaskan gelaran kepada Manchester City dengan perbezaan gol musim lalu, kemenangan kali ini lebih bermakna sekali kepada seluruh pasukan United dari manager hinggalah coach dan physio.


Tetapi persembahan selepas mengesahkan kejuaraan liga sangat hambar. Pertama ketika menentang Arsenal di Emirates. Setelah diberi penghormatan oleh pemain Arsenal, rentak permainan United tidak menggambarkan mereka sebagai juara. Lemau dan tidak bermaya. Pemain Arsenal lebih bersemangat untuk mengutip 3 mata bagi memburu tempat ke UEFA Champions League.




Hujung minggu lepas ketika menentang Chelsea juga perkara sama berlaku. Yang menghairankan aku ialah kesebelasan utama yang dipilih oleh SAF. Aku tau dia seorang manager yang sangat hebat. Tapi itu tidak bermakna beliau tidak pernah silap. Di manakah penyerang licik yang mendapat jolokan nama Chicharito?? Kenapa SAF gagal menyenaraikan beliau dalam kesebelasan utama??




Untuk pengetahuan semua, Chicharito mempunyai rekod yang sangat cemerlang menentang Chelsea. Dalam 11 perlawanan sebelum ini, Chicharito sudah menjaringkan 7 gol bila diturunkan berdepan Chelsea (klik sini untuk fakta). Kenapa Van Persie masih diturunkan walaupun United sudah bergelar juara? Di mana janji Ferguson untuk memberi peluang pemain simpanan untuk bermain dalam 4 perlawanan terakhir??


Chicharito hanya dimasukkan 2 minit sebelum perlawanan tamat. Itu pun selepas Chelsea mendahului. Apa yang dia boleh buat dalam masa 2 minit?? Kagawa juga hanya menjadi pemerhati kerana Giggs lebih diberi keutamaan untuk bermain.






Aku tidak setuju dengan taktik dan keputusan Ferguson. Lebih baik turunkan pemain simpanan yang betul-betul semangat untuk main dan menonjolkan prestasi sebenar mereka untuk persediaan musim depan. Pemain utama boleh direhatkan atau dimasukkan jika perlu. Pengalaman dalam perlawanan liga yang kompetetif sangat diperlukan oleh pemain lain seperti Buttner, Kagawa, Chicharito, Nani, Cleverley & Anderson.


Tolonglah Ferguson. Beri peluang kepada pemain muda. Kita sudah tiada apa untuk dikejar selepas seri 1-1 dengan Arsenal.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " EPL : Sir Alex Ferguson Ketepikan Chicharito Punca United Kalah "

  1. MalizaMah Says:

    benar pendapat awak.... just hope the best from man utd.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @Leeza dayasari [santai leeza] Last2 org tua tu merajuk.. trus bersara..haha

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets