NO COMMENTS
UCL : Keputusan Perlawanan Real Madrid vs Borussia Dortmund | Separuh Akhir Kedua 1 Mei 2013
Penulis: Que | Kategori: astro , bola sepak , dailymotion , dortmund , keputusan perlawanan , real madrid , ucl , UEFA Champions League , youtube
DORTMUND TEPATI RAMALAN KE FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE
Real Madrid 2-0 Dortmund (Agg 3-4)
Berbekalkan kelebihan keputusan 4-1 dalam perlawanan pertama, Dortmund bertekad untuk menghalang apa jua bentuk kebangkitan Real Madrid dalam perlawanan timbal balik awal pagi tadi. Misi Real untuk menang sekurang-kurangnya 3-0 gagal apabila Dortmund berjaya menidakkan keajaiban tersebut berlaku sambil dibantu tiupan wisel penamat.
Kedua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang yang menarik. Real Madrid menguasai 15 minit pertama dan hampir menjaringkan gol awal jika lebih bernasib baik. Namun mereka terpaksa menunggu hingga minit ke-83 oleh Benzema untuk gol pertama yang seterusnya menaikkan semangat pemain dan penyokong di Bernabeu. Selang 3 minit kemudian, giliran Sergio Ramos menjaringkan gol dan meletakkan Real 1 gol sahaja untuk menempah tiket ke Final UEFA Champions League.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq










