Showing posts with label bale. Show all posts

 

[Video] Amaran Cristiano Ronaldo kepada Gareth Bale !

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

TACKLE SELAMAT DATANG


gambar ronaldo takel tackle bale di real madrid


Ronaldo memberi amaran kepada Bale bahawa dia masih lagi 'boss' di Real Madrid. Dalam sesi latihan minggu ini, Ronaldo dilihat melakukan terjahan keras ke kaki Gareth Bale. Mujurlah tiada kecederaan yang berlaku. Nakal betul Ronaldo ni. Mentang-mentang Bale pegang rekod pemain termahal di dunia sekarang [klik].



Sebenarnya Ronaldo wat gimik saja. Waktu ni pemain Real Madrid sedang berlatih 'pig in the middle' atau kita di sini biasa panggil main monyet. Tak pasti apa tu main monyet? Ala yang sorang kena duduk tengah sambil rampas bola dalam bulatan. Siapa silap kena jadi monyet. Latihan ini untuk meningkatkan skill kawalan bola dalam ruang yang sempit dengan pantas.



Bale diberitahu oleh Carlo Ancelloti untuk bermain di sebelah kanan. Sebelum ini, Bale pernah main di posisi tersebut dan lebih mudah untuk merembat menggunakan kaki kiri di sebelah kanan sebenarnya. Sama-sama kita tunggu aksi gandingan 186 juta pound beraksi hujung minggu ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : Bale dipilih sebagai PFA Player Of The Year & Young Player Of The Year 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

GARETH BALE DAPAT 2 ANUGERAH PFA

gambar gareth bale pfa player of the year 2013


Pemain paling hangat di pasaran ketika ini, Gareth Bale muncul sebagai pemenang berganda anugerah PFA bagi musim 2012/2013. Pemain sayap kelab Tottenham Hotspur dipilih oleh oleh pemain EPL untuk menggondol anugerah Player of The Year & Young Player of The Year. Kali terakhir seorang pemain berjaya mendapat kedua-dua anugerah ini pada musim 2006/2007 oleh bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo.


Bale juga pernah memenangi anugerah PFA Player of The Year 2 musim lalu. Pemilihan Bale itu dilihat tepat memandangkan beliau merupakan pemain paling konsisten dan berjaya menjaringkan 29 gol untuk kelab dan negara pada musim ini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/