UCL : Keputusan Perlawanan Real Madrid vs Borussia Dortmund | Separuh Akhir Kedua 1 Mei 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

DORTMUND TEPATI RAMALAN KE FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE


DORTMUND LAYAK KE FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2013

Real Madrid 2-0 Dortmund (Agg 3-4)

Berbekalkan kelebihan keputusan 4-1 dalam perlawanan pertama, Dortmund bertekad untuk menghalang apa jua bentuk kebangkitan Real Madrid dalam perlawanan timbal balik awal pagi tadi. Misi Real untuk menang sekurang-kurangnya 3-0 gagal apabila Dortmund berjaya menidakkan keajaiban tersebut berlaku sambil dibantu tiupan wisel penamat.


Kedua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang yang menarik. Real Madrid menguasai 15 minit pertama dan hampir menjaringkan gol awal jika lebih bernasib baik. Namun mereka terpaksa menunggu hingga minit ke-83 oleh Benzema untuk gol pertama yang seterusnya menaikkan semangat pemain dan penyokong di Bernabeu. Selang 3 minit kemudian, giliran Sergio Ramos menjaringkan gol dan meletakkan Real 1 gol sahaja untuk menempah tiket ke Final UEFA Champions League.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : Bale dipilih sebagai PFA Player Of The Year & Young Player Of The Year 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

GARETH BALE DAPAT 2 ANUGERAH PFA

gambar gareth bale pfa player of the year 2013


Pemain paling hangat di pasaran ketika ini, Gareth Bale muncul sebagai pemenang berganda anugerah PFA bagi musim 2012/2013. Pemain sayap kelab Tottenham Hotspur dipilih oleh oleh pemain EPL untuk menggondol anugerah Player of The Year & Young Player of The Year. Kali terakhir seorang pemain berjaya mendapat kedua-dua anugerah ini pada musim 2006/2007 oleh bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo.


Bale juga pernah memenangi anugerah PFA Player of The Year 2 musim lalu. Pemilihan Bale itu dilihat tepat memandangkan beliau merupakan pemain paling konsisten dan berjaya menjaringkan 29 gol untuk kelab dan negara pada musim ini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Akhir Badminton Terbuka India 2013 | Lee Chong Wei vs Kenichi Tago

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

FINAL INDIA OPEN 2013 | LEE CHONG WEI VS KENICHI TAGO



Lee Chong Wei mng 21-15,18-21,21-17

Datuk Lee Chong Wei selaku pilihan pertama kategori perseorangan lelaki bakal berdepan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam perlawanan akhir Badminton Superseries Terbuka India 2013 sebentar lagi. Rekod pertemuan jelas memihak kepada pemain No.1 dunia itu dengan kelebihan 12 kemenangan tanpa balas.


Semalam Lee Chong Wei terpaksa bertarung dalam 3 set sebelum menundukkan pemain Thailand Boonsak Ponsana 21-11,18-21,21-8. Perlawanan malam ini mungkin persediaan terakhir Chong Wei sebelum menyertai Piala Sudirman di Kuala Lumpur bulan depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/