1
COMMENT
Jadual Waktu Buka Puasa & Imsak 2015 Dalam Smartphone Anda
Penulis: Que | Kategori: android , aplikasi , berbuka , islam , jadual , pahala , puasa , sahur
MUAT TURUN SEKARANG
Muat Turun Aplikasi Android 'Jadual Berbuka & Imsak 2015 [Klik]
Esok atau lusa semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan 1436H. Jadi bila sampai bulan puasa ramailah orang akan balik awal ke rumah untuk menyediakan juadah berbuka. Biasanya di awal Ramadhan semua ghairah untuk membeli di bazar Ramadhan. Sudah menjadi trend lebih-lebih lagi bagi mereka yang sibuk bekerja.
Bagi mereka yang suka berjimat, lokasi seperti masjid dan surau akan menjadi tumpuan. Ada bagusnya juga kerana waktu solat anda akan terjaga berbanding dugaan makanan dan TV di rumah. Bagaimana untuk kita mendapatkan jadual waktu berbuka dan imsak dengan mudah? Jika dahulu kita rajin memuat turun jadual berbuka dan imsak di laman web. Kini anda ada pilihan yang lebih mudah.
Aplikasi myJakim membantu anda untuk mengetahui bukan sahaja waktu berbuka atau Maghrib, tetapi semua waktu solat yang lain. Dalam erti kata lain, jangan sibuk dengan waktu berbuka tetapi dilupakan waktu-waktu penting yang lain.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq