Jadual Waktu Buka Puasa & Imsak 2015 Dalam Smartphone Anda
Penulis: Que | Kategori: android , aplikasi , berbuka , islam , jadual , pahala , puasa , sahur
MUAT TURUN SEKARANG
Muat Turun Aplikasi Android 'Jadual Berbuka & Imsak 2015 [Klik]
Esok atau lusa semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan 1436H. Jadi bila sampai bulan puasa ramailah orang akan balik awal ke rumah untuk menyediakan juadah berbuka. Biasanya di awal Ramadhan semua ghairah untuk membeli di bazar Ramadhan. Sudah menjadi trend lebih-lebih lagi bagi mereka yang sibuk bekerja.
Bagi mereka yang suka berjimat, lokasi seperti masjid dan surau akan menjadi tumpuan. Ada bagusnya juga kerana waktu solat anda akan terjaga berbanding dugaan makanan dan TV di rumah. Bagaimana untuk kita mendapatkan jadual waktu berbuka dan imsak dengan mudah? Jika dahulu kita rajin memuat turun jadual berbuka dan imsak di laman web. Kini anda ada pilihan yang lebih mudah.
Aplikasi myJakim membantu anda untuk mengetahui bukan sahaja waktu berbuka atau Maghrib, tetapi semua waktu solat yang lain. Dalam erti kata lain, jangan sibuk dengan waktu berbuka tetapi dilupakan waktu-waktu penting yang lain.
Secara teorinya tempoh masa imsak ke subuh ada 10 minit. Contohnya jika subuh pada jam 5.41 pagi, imsaknya pada jam 5.31 pagi. Jarak waktu Maghrib ke Isyak ada 1 jam 15 minit atau 75 minit. Jadi anda perlu bijak merancang waktu berbuka supaya tidak terlepas waktu solat.
Di sini ada beberapa aplikasi waktu solat yang menarik untuk dimuat turun untuk pengguna android.
Masih perlukan jadual waktu biasa? Anda boleh muat turun di bawah
Jadual berbuka puasa dan imsak ramadan 2015 bagi negeri di Semenanjung Malaysia
Sila klik mengikut negeri pilihan anda.
Jadual berbuka puasa dan imsak bagi Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan tahun 2015/1436H
Jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak 2015/1436H bagi Negeri Sarawak
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
November 3, 2019 at 3:58 PM
I love your article.You can visit my website :sky force reloaded
[Reply to comment]