Home » , , , , , , , , , , , , » Dilema Thamil Arasu vs Rozaimi Rahman | Pesta Bola Merdeka 2013

Dilema Thamil Arasu vs Rozaimi Rahman | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MENJELANG FINAL MALAYSIA VS MYANMAR


THAMIL ARASU VS ROZAIMI HARIMAU MUDA, STATISTIK ROZAIMI VS THAMIL ARASU, GAMBAR THAMIL VS ROZAIMI, FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2013 PERLAWANAN AKHIR MALAYSIA VS MYANMAR 14 SEPT 2013



Sejak malam Harimau Muda vs Thailand, peminat tempatan sudah mula bercerita mengenai siapa lebih layak diturunkan dalam kesebelasan utama di final Pesta Bola Merdeka 2013 nanti. Beberapa fan page bola sepak cuba memperdebatkan isu ini dan banyak reaksi dari peminat yang kononnya berlagak seperti jurulatih pasukan. 

Live Streaming : Malaysia vs Myanmar | Final Pesta Bola Merdeka 2013 [Klik sini]

Kenapa perlu mempertikaikan kebolehan seseorang pemain? Jika pemain tersebut tidak bagus, sudah pasti Ong Kim Swee tidak akan panggil mereka. Yang pasti sama ada Thamil Arasu atau Rozaimi Rahman, keduanya memiliki bakat yang hebat berbanding yang tukang kutuk itu.



Kelebihan Thamil pada fizikalnya dan keboleharapan dalam situasi bertahan. Rozaimi pula memiliki larian pantas dan bijak mencari ruang melakukan rembatan.



Kebanyakan orang hanya melihat dan menilai kepada jaringan gol. Tahukah anda wakil Thailand bukan dari pasukan bawah 23 mereka? Sedarkah anda pemain Thailand malam itu sudah keletihan akibat bermain 3 perlawanan dalam masa 5 hari? Perkara begini nampak remeh tapi ramai yang gagal mengaitkannya sebelum membuat keputusan dan pendapat.



Situasi yang mungkin kita boleh fikirkan : Kenapa Sir Alex Ferguson lebih gemar menurunkan Welbeck di bahagian serangan bergandingan dengan Van Persie walaupun rekod jaringan Ronney lebih baik? Kenapa Dzeko jarang diturunkan oleh Mancini dan kesebelasan utama walaupun beliau antara penjaring terbanyak Manchester City?



Malaysia bernasib baik kerana sudah mengesahkan tempat ke perlawanan akhir. Jadi OKS dapat memasukkan pemain simpanan untuk merehatkan pemain utama. Tapi Thailand tiada pilihan lain kecuali sekurang-kurangnya mencuri 1 mata.



GAMBAR GOL ROZAIMI VS THAILAND 11 SEPTEMBER 2013



Kredit harus diberikan kepada Rozaimi kerana berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan menentang Thailand. Gol pertama mungkin agak bernasib baik bila bola kembali jatuh di depan beliau. Gol kedua memang superb berpunca dari gerakan solo sebelum merembat dengan kaki kiri menewaskan penjaga gol Thailand.


Video gol Rozaimi vs Thailand | 11 September 2013 [Klik]


Seperkara lagi, adakah anda perasan yang Myanmar merupakan lawan yang paling kuat dalam cabaran Pesta Bola Merdeka 2013? Jangan dinilai dari statistik jaringan ketika Myanmar vs Thailand yang berkesudahan seri 1-1. Kerana bagi yang menonton 90 minit mereka tahu apa yang berlaku sepanjang perlawanan. Ditambah pula dengan keadaan padang yang lecak menyukarkan gerakan counter attack Myanmar.



OKS pastinya lebih tahu akan kekuatan dan muslihat Myanmar. Kita sebagai jurulatih perlu mempersiapkan pasukan dengan menilai di mana kekuatan dan kelemahan lawan. Bukan hanya bergantung kepada persembahan dalam 1 perlawanan. Bagi aku, Rozaimi mempunyai kelebihan kaki kiri yang jarang dimiliki oleh pasukan Harimau Muda. Jika OKS setuju kita boleh develop Rozaimi untuk bermain di sayap kiri dan membantu serangan. Terbaik!



FORMASI 4-3-3 MALAYSIA
Formasi 4-3-3/4-5-1



Ramalan Kafe Que : OKS akan menurunkan Thamil Arasu sebagai penyerang utama dalam formasi 4-5-1/4-3-3 dengan Rozaimi di bangku simpanan. Tetapi jika Malaysia perlukan 2 striker, khidmat Rozaimi akan digunakan. Pemain akan diturunkan mengikut keperluan taktikal

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Dilema Thamil Arasu vs Rozaimi Rahman | Pesta Bola Merdeka 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets