Home » , , , , , , , » UCL : Siaran Langsung Perlawanan Manchester United vs Real Madrid | 6 Mac 2013

UCL : Siaran Langsung Perlawanan Manchester United vs Real Madrid | 6 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012/2013 | PUSINGAN KALAH MATI

SIARAN LANGSUNG LIVE STREAMING ASTRO MANCHESTER UNITED MAN UTD VS REAL MADRID WAKTU MALAYSIA,JADUAL PERLAWANAN MAN UTD VS REAL MADRID UEFA CHAMPIONS LEAGUE 6 MAC 2013, KEPUTUSAN PERLAWANAN MANCHESTER UNITED VS REAL MADRID, TAKTIK REAL MADRID COUNTER ATTACK VS MANCHESTER UNITED,BARISAN PEMAIN


Perlawanan paling menarik minggu ini bakal menemui anda. Gergasi Sepanyol dan England bakal menentukan pasukan mana lebih layak ke suku akhir Uefa Champions League. Setelah perlawanan pertama di Bernabeu berakhir 1-1, kelebihan kini sedikit memihak kepada United disebabkan gol tempat lawan dan beraksi di laman sendiri.


Secara teorinya, sekiranya Manchester United berjaya menghalang dari Real Madrid menjaringkan gol, maka United akan layak. Walaupun begitu, tugas mereka tidak semudah disangka. Ini kerana Real Madrid mempunyai beberapa pemain yang boleh menghukum kealpaan benteng United.



Sebelum ini ramai peminat United mengharapkan bantuan Barcelona memberi saingan sengit kepada Real Madrid dalam 2 perlawanan El Clasico. Tapi kejutan berlaku apabila Real Madrid menang dalam kedua perlawanan tersebut.






Real Madrid merupakan salah sebuah pasukan yang mempuyai serangan balas terbaik di dunia. Lihat saja bagaimana mereka melakukan gerak sewaktu menentang Barcelona. Di Maria, Ozil dan Ronaldo nampak begitu serasi dalam kombinasi serangan 3 serangkai.






Tugas berat bakal menanti anak buah SAF yang bakal menggunakan khidmat Vidic di barisan pertahanan. Phil Jones yang merantai hebat Ronaldo masih lagi belum pulih dari kecederaan buku lali. Giggs pula dikhabarkan bakal mengisi posisi tengah bersama Carrick untuk penampilan ke-1000 bersama United. Jumlah yang sangat bermakna dalam perlawanan paling penting musim ini.






Nani juga mungkin diturunkan setelah direhatkan dalam pertemuan dengan Norwich minggu lepas. Prestasi United kini berada pada landasan terbaik di EPL. Mereka boleh menumpukan perhatian pada perlawanan UCL dengan Real Madrid. Robin Van Persie dijangka di gandingkan dengan Rooney di bahagian serangan bagi memburu gol awal.


Jose Mourinho mengumumkan penggunaan Stadium Etihad untuk tujuan latihan bagi mengelakkan dari diintip oleh media dan pasukan United. Mungkin psikologi ini tidak berhasil kerana United akan bermain di hadapan penyokong sendiri. Ronaldo juga bakal berdepan dengan emosi apabila kembali buat pertama kali ke Ol Trafford setelah perpindahannya ke Real Madrid 3 musim lalu.







Saksikan perlawanan 
UEFA Champions League | Last 16

Manchester United vs Real Madrid

6 Mac 2013 ( Rabu)

03.45 am, waktu Malaysia

Live @ Astro Super Sport 3 (817) HD (831)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " UCL : Siaran Langsung Perlawanan Manchester United vs Real Madrid | 6 Mac 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets