Home » , , , , , » UCL : Analisis Perlawanan Real Madrid vs Manchester United | Peluang memihak pada United

UCL : Analisis Perlawanan Real Madrid vs Manchester United | Peluang memihak pada United

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

REAL MADRID 1 - 1 MANCHESTER UNITED
UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012 / 2013

analisis ulasan komen perlawanan manchester united vs real madrid 2013 uefa champions league,pengadil berat sebelah


Perlawanan paling dinantikan seluruh dunia berakhir dengan penuh drama. Ayam tambatan Real Madrid siapa lagi kalau bukan Cristiano Ronaldo melalui perlawanan dengan penuh emosi. Menentang rakan sepasukan dan kelab yang telah menaikkan nama beliau bukan sesuatu yang mudah.


Boleh dilihat dari cara Ronaldo meraikan gol penyamaan Madrid. Di akhir perlawanan pelukan erat bersama bekas pengurus yang dianggap sebagai bapa menunjukkan rasa hormat Ronaldo pada Sir Alex Ferguson yang bertanggungjawab menaikkan bakat dan namanya.


Updates : Highlight Perlawanan Real Madrid vs Manchester United [klik]


Bukan senang untuk bekas pemain untuk respek pada ex manager. Tengok saja Nasri & Tevez. Baru berpindah ke kelab Manchester City tapi dah tunjuk lagak. Dorang ingat kelab kaya akan menang semua trofi ke?


#respect Ronaldo


Taktikal Real Madrid vs Manchester United


line up real madrid vs manchester united uefa champions league


Jose Mourinho menurunkan kesebelasan terbaik menunjukkan kesungguhan beliau untuk memenangi saingan Liga Juara-Juara setelah menyerah kalah dalam perebutan liga domestik. Ketinggalan 16 mata tiada apa yang mampu dilakukan Madrid. Tambahan prestasi Barcelona tidak menampakkan penurunan langsung.


Sir Alex Ferguson sebaliknya menggunakan taktik menyekat serangan Real Madrid. Hanya posisi Rooney, Kagawa dan Welbeck berubah disebabkan SAF mahu Rooney untuk menyekat Ronaldo di sebelah kanan United. Jones diberikan tugas khas untuk man-mark Ronaldo ke mana saja pemain itu pergi. Ketiadaan Vidic masih misteri. Ada yang mengatakan SAF merehatkan Vidic (bermain 90 minit vs Everton) selepas kembali dari kecederaan panjang.


Posisi Pemain

Aku kurang setuju dengan susunan pemain. Better letak Rooney di belakang Van Persie kerana dia lebih selesa. Mungkin SAF ada agenda tersendiri. Kagawa yang bermain sebagai Attacking Mid sangat mengecewakan. Banyak kesilapan oleh pemain antarabangsa Jepun itu. Hantaran pendek yang tak sampai dan kawalan bola yang kurang baik.


Kelemahan Midfield

45 minit pertama Real Madrid jelas menguasai permainan. Barisan tengah United terlalu bertahan menyebabkan Xabi dan Khedira mudah melakukan gerakan. Jones bukan pemain midfield sejati. Tugasnya hanya menyukarkan gerak geri Ronaldo. Tinggal Carrick terkontang kanting mencari bola.





Persembahan mantap De Gea

Kritik la apa pun. Persembahan De Gea membuktikan bahawa dia adalah pengganti Van Der Sar sedikit masa lagi. 3 atau 4 saves yang dilakukan bertaraf world class. Cubaan pertama dari Coentrao ditepis dan terkena tiang. Deflection Carrick ditangkap kemas. Man Of The Match!


Peluang Van Persie

Kalau dari awal diberi pilihan keputusan seri atau kalah, aku akan pilih seri. Tapi melihat pada perlawanan tadi, United ada peluang untuk menang sekaligus memudahkan tugas di perlawanan di Old Trafford. Separuh masa kedua Van Persie ada 3 peluang. Cubaan pertama ditepis Lopez dan terkena palang. Cubaan kedua pula pada kedudukan tidak offsaid Van Persie miskick dan bola lemah dikeluarkan dari garisan gol oleh Xabi. Minit terakhir Van Persie hanya mampu melihat bola ditepis keluar Lopez untuk sepakan sudut.


 Gol tempat lawan

Dalam pertandingan kalah mati seperti UEFA Champions League gol tempat lawan akan dikira sekiranya 2 perlawanan berakhir dengan keputusan seri. United berjaya membawa pulang 1 gol berharga. Jika keputusan di Old Trafford berakhir 0-0 United akan mara ke suku akhir. Jika 2-2 Real Madrid akan mara. Jadi penting untuk United tidak bolos di Old Trafford nanti.


Pengadil berat sebelah

Isu ni agak sensitif. Pada pemerhatian aku 2nd half pengadil agak bias. Insiden Varane melakukan foul ke atas Evra yang meluru ke arah pintu gol Real Madrid tidak dikenakan tindakan. Sebagai last man, Varane sepatutnya dilayangkan kad merah kerana Evra sudah berpeluang menjaringkan gol. Tapi pegadil Jerman itu meneruskan permainan.


Insiden kedua apabila Valencia yang ingin melakukan counter attack ditekel dari belakang oleh Coentrao. Sepatutnya kad kuning dan freekick diberi pada United. Entah lah aku tak faham apa yang dia tengok.


Insiden terakhir bila Van Persie baru nak ambil corner kick ketika baki perlawanan ada lagi 30 saat dalam masa tambahan pengadil Jerman itu mencetuskan kontroversi dengan meniup wisel penamat.


Adakah ini semua telah diatur? Mungkinkah sebab Real Madrid ada pemain Jerman?


bukti pengadil berat sebelah real madrid vs manchester united felix brych
Pengadil Germany : Pelix Brych


Komitmen 3 Minggu

Kenapa aku kata peluang kini memihak pada United. Jom kita tengok jadual perlawanan sebelum perlawanan timbal balik pada 6 Mac 2013.


     Real Madrid

  • Feb 17 - Real Madrid vs Rayo Vallecano (La Liga)
  • Feb 23 - Deportivo La Caruna vs Real Madrid (La Liga)
  • Feb 26 - Barcelona vs Real Madrid (Copa Del Ray)
  • Mac 2 - Real Madrid vs Barcelona (La Liga)


      Manchester United

  • Feb 19 - Manchester United vs Reading (FA Cup)
  • Feb 23 - QPR vs Manchester United (EPL)
  • Mac 2 - Manchester United vs Norwich (EPL)


Nah, amacam? Kalau korang jadi manager Madrid apa korang nak buat bila berdepan Barcelona selang 4 hari? Pasti maruah dan tekanan perlawanan El Clasico [jadual El Clasico] bakal mengganggu tumpuan Jose Mourinho dan anak buahnya.


Manchester United sebaliknya boleh merombak pasukan dan merehatkan pemain utama sebelum perlawanan 2nd leg. Lawan mereka hanya pasukan di tangga 14, 18 dan 20 liga. Namun ini bukan alasan untuk United bersenang-lenang. City dengan skuad ratusan juta pasti menunggu saat kejatuhan United untuk mengulangi sejarah musim lalu.


Sudut renungan

statistik perlawanan real madrid vs manchester united uefa champions league

Why? Why? Why?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " UCL : Analisis Perlawanan Real Madrid vs Manchester United | Peluang memihak pada United "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets