Home » , , , , , » EPL : Sejarah mungkin berulang tapi tak semudah itu | Piala bakal ke Old Trafford

EPL : Sejarah mungkin berulang tapi tak semudah itu | Piala bakal ke Old Trafford

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

Keputusan Perlawanan Manchester City vs Liverpool


Man City 2-2 Liverpool

Nampaknya Liverpool memberi sumbangan besar kepada rival terkuat mereka Manchester United untuk merampas kembali kejuaraan EPL yang ke-20. Musim ini United berjaya mencuri 6 mata dari Liverpool.


Dalam perlawanan awal pagi tadi, Manchester City yang terdesak untuk merapatkan jarak 10 mata disentak dengan kebangkitan Liverpool selepas ketinggalan dengan gol awal Dzeko.
 

Sejak kemasukan Sturridge dari Chelsea (juga bekas pemain City), corak permainan serangan Liverpool bertambah baik. Suarez kini sudah mempunyai striker partner yang mantap.


Liverpool mendahului 2-1 menerusi jaringan cantik Gerrard. Namun kesilapan Reina keluar dari kawasan penalti membawa padah kepada skuad Brendan Rodgers. Aguero dengan teknik luar biasa melambungkan bola terus ke dalam gawang Liverpool dari sudut sukar.






Kini United lead EPL dengan 9 points. Memang secara matematiknya City masih ada harapan. Namun tidak semudah itu. Musim lalu United lead dengan 8 points tetapi akhirnya terpaksa menyerah piala EPL kepada Manchester City yang menang menerusi perbezaan gol yang lebih banyak.



Kenapa situasi musim ini berbeza ??


1. Jika dulu senarai injuries United terbanyak dalam EPL, tapi musim ini Vidic, Anderson dan Cleverley masih cergas.

2. Jika dulu serangan United banyak bergantung pada prestasi Rooney, Welbeck dan Chicharito yang tidak konsisten, tapi musim ini United membawa masuk Robin Van Persie dan Kagawa

3. Jika dulu United gagal mendapatkan mata yang cukup ketika menentang pasukan elit EPL, tapi musim ini United hanya hilang 4 mata ketika lawan Liverpool (home & Away), Chelsea (away), Man City (away), Arsenal (home) & Tottenham (home & away)

4.  Jika dulu perbezaan gol City lebih tinggi, tapi musim ini perbezaan gol United lebih daripada City




Mungkin ada fans City yang tak setuju jika aku rasa piala EPL akan menuju ke Old Trafford tahun ni. Cuba perhatikan dan kaji sendiri baki 13 perlawanan United dan City. Mana lebih mudah. Perlu diingat yang City perlu ke Old Trafford pada 6 April 2013. Pada waktu itu, jika jarak masih sama United tidak perlu menang dan hanya perlu seri untuk mengekalkan jarak mata.


Adalah mustahil untuk City menang semua baki 13 perlawanan dan mengumpul 39 mata. Jika anda rasa City boleh menang, United juga boleh! Cuma kelebihan City kerana mereka tiada komitmen perlawanan UEFA Champions League.





Manchester City ada peluang jika :

  • United kalah 3 matches berturut-turut
  • City menang semua baki perlawanan
  • United kehilangan pemain utama selepas UCL bersambung


 Highlights Perlawanan Manchester City vs Liverpool


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Sejarah mungkin berulang tapi tak semudah itu | Piala bakal ke Old Trafford "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets