Home » , , , » 6 Cara Bagaimana United Boleh Sekat Cristiano Ronaldo Dari Mengganas

6 Cara Bagaimana United Boleh Sekat Cristiano Ronaldo Dari Mengganas

Penulis: Que | Kategori: , , ,

PREVIEW PERLAWANAN UCL : REAL MADRID VS MANCHESTER UNITED


cara nak stop hentikan sekat halang ronaldo


Topik paling hangat minggu ini. Cristiano Ronaldo akan melayan kunjungan bekas rakannya di Manchester United dari tahun 2003-2009. Pemegang rekod pemain termahal dunia ketika ini (80 juta pound) bakal menjadi tumpuan dalam perlawanan esok pagi.


Persoalannya mampukah pemain United menghalang Ronaldo dari menjaringkan gol atau melakukan gerakan berbahaya ?? Dalam 35 penampilan musim ini Ronaldo sudah berjaya menjaringkan 36 gol. Purata 1 perlawanan 1 gol. Mari kita analisis antara langkah yang boleh digunakan.


1. Permainan berpasukan

Taktik man-marking mungkin tidak sesuai digunakan. Siapa yang mampu untuk mengekori gerak geri Ronaldo yang penuh muslihat. Jadi kerjasama antara pemain midfield dan defend perlu ditingkatkan. Ada ketikanya 2 atau 3 orang diperlukan untuk menutup ruang dan merampas bola dari kaki pemain yang berskil tinggi ini.

Tindakan : Rafael, Valencia & Carrick






2.  Sekat Ronaldo

Ronaldo sangat pantas. Bek kanan dan right winger perlu menyekat bola dari sampai kepada Ronaldo. Antara sumber paling mudah adalah dari bek kiri Real Madrid dan Xabi Alonso. Jangan beri terlalu banyak masa kepada Ronaldo untuk memegang bola. Pemain yang rajin turun ke bawah amat sesuai dalam situasi ini.

Tindakan : Rafael & Valencia


3. Rantai Alonso

Xabi Alonso merupakan pemain yang mampu melakukan hantaran menarik. Jika United menggunakan taktik 4-4-1-1 tugas menghalang Alonso akan diberikan kepada striker ke-2. Jika Alonso diberi tekanan, sudah pasti beliau sukar melakukan hantaran mencari Ronaldo dan pemain lain.

Tindakan : Rooney @ Kagawa


4. Pantas menutup ruang

Kelebihan Ronaldo yang jarang dimiliki oleh pemain lincah lain ialah rembatan jarak jauh yang cukup deras. Beliau gemar menggelecek pemain lawan dan jarang melakukan hantaran pendek. Tugas pemain United menutup ruang dan membiarkan Ronaldo tersepit.

Tindakan : Rafael, Ferdinand, Valencia, Celverley & Carrick






5. Kurangkan foul

Masalah apabila cuba merampas bola dari Ronaldo adalah pemberian sepakan percuma. Ini kerana kelincahan Ronaldo boleh memperdayakan pemain lawan. Sepakan percuma Ronaldo umpama roket yang mencari sasarannya. 

Tindakan : Semua pemain United


6. Back up plan

Sekiranya SAF memilih untuk man-mark Ronaldo, tugas itu perlu diberikan kepada Phil Jones. Beliau telah berjaya menyekat Bale dan Fellaini dengan baik sekali. Mungkin tugas ini memerlukan Jones mengikuti setiap pergerakan Ronaldo dan cuba membaca gerakan kapten Portugal itu. 

Tindakan : Jones

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " 6 Cara Bagaimana United Boleh Sekat Cristiano Ronaldo Dari Mengganas "

  1. Capo Grande Says:

    nice tactics...kena bgtau alex ni cepat!!!

    Jom jengah blog saya ;-)

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @Capo Grande Hehe. SAF dah tau mende ni. Saja share ngn peminat Man Utd je

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets