Keputusan Malaysia vs UAE 3 September 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MASIHKAH ADA HARAPAN


Keputusan akhir : UAE 10-0 Malaysia

Dua dari tiga perlawanan di laman sendiri hanya mampu menghasilkan satu mata sahaja. Itulah nasib malang yang dialami oleh pasukan Harimau Malaya yang terpaksa berputih mata di saat akhir ketika seri 1-1 dengan Timor Leste sebelum dibelasah 0-6 oleh Palestin, sebuah negara yang bergelut dengan ancaman serangan Israel.



Apa sudah jadi dengan pemain-pemain bola sepak kebangsaan?? Di mana maruah negara ketika bendera Malaysia tersemat di dada jersi mereka?? Sesuatu yang tidak kena melanda dalam skuad negara. Kalau diikutkan dalam perlawanan di tempat sendiri sajalah peluang kita untuk mengutip mata penuh.



Malam ini jaguh bola sepak Asia Barat, UAE akan menanti kehadiran anak buah Dollah Salleh. Berapa pula jumlah gol yang akan dibolosi kali ini? Bukan mudah untuk beraksi di tempat lawan. Suhu dan suasana yang asing menyukarkan corak permainan. Jika tewas lagi, misi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia semakin sukar. Terima sahaja dengan redha.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Gempar] Manchester United Beli Jelmaan 'Thierry Henry'

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

ANTHONY MARTIAL SAH MILIK UNITED



Louis Van Gaal sekali lagi mengejutkan ramai orang ketika tempoh perpindahan menghampiri ke penghujungnya. Penyerang remaja berusia 19 tahun yang kurang dikenali dibeli pada harga 36 Juta Pound (rekod paling mahal untuk pemain remaja) menjadi pemain ke-6 yang dibawa masuk musim ini ke Old Trafford. Musim lalu, kita dikejutkan dengan kehadiran Radamel Falcao yang dipinjam dari AS Monaco juga pada saat-saat akhir.



Adakah pertaruhan ini akan membuahkan hasil? Kekalahan pertama di tangan Swansea memberi amaran jelas kepada Louis Van Gaal bahawa Manchester United memerlukan seorang penyerang prolifik bagi meringankan beban kapten, Wayne Rooney. Sebelum ini mereka dikaitkan dengan nama besar seperti Zlatan, Muller, Edinson Cavani, Pedro, Bale dan Neymar. Namun komitmen bersama kelab masing-masing menghalang perpindahan tersebut.



Rekod Anthony Martial di peringkat kelab masih kurang menyerlah. Apa yang pasti, pemain muda ini mempunyai potensi yang sangat besar dan mampu menghasilkan sesuatu di luar jangkaan. Cuma halangan utama beliau ketika ini adalah untuk menyesuaikan diri di kelab besar dengan yuran perpindahan yang sangat tinggi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tempah Ibadah Korban Murah 2015 Secara Online | Serendah RM 320

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PANTAS DAN BOLEH DIPERCAYAI

kredit eQurban[klik]


Anda berminat untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun 2015? Mampu beli smartphone beribu-ribu tetapi tak mampu nak korban seekor lembu? Harga lembu di Malaysia mahal? Kini anda tiada lagi alasan! Laman eQurban[klik] menawarkan harga yang lebih murah untuk mereka yang berhajat.



1 bahagian lembu berharga RM 320 bersamaan dengan 88 sen sehari. Duit boleh cari. Lebih banyak kita bersedekah lebih banyak rezeki yang kita dapat. Tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Boleh jadi dalam bentuk kesihatan, kemudahan untuk mendapatkan sesuatu, terselamat dari kemalangan. Semua kuasa Allah.



Masih ragu-ragu? Layari laman web eQurban[klik] untuk maklumat lanjut dan aktiviti yang mereka lakukan. Di sana anda boleh lihat senarai peserta ibadah korban 2015. Cepat sebelum penyertaan ditutup.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/