Keputusan Undian Piala FA Inggeris Pusingan Ke 5 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

KELAB ELIT TERSINGKIR AWAL



Pusingan Ke-4 Piala FA Inggeris akhirnya menyaksikan beberapa kejutan dalam keputusan melibatkan pasukan elit EPL. Dari kedudukan 6 teratas EPL semasa, 4 pasukan tersingkir di laman sendiri. Chelsea tewas 2-4 kepada Bradford City, Manchester City tewas 0-2 kepada Middlesbrough, Southampton tewas 2-3 kepada Crystal Palace dan Tottenham kalah 1-2 kepada Leicester City.



Arsenal merupakan satu-satunya kelab elit yang mengesahkan tempat ke pusingan ke-5 dengan kemenangan tipis 3-2 ke atas Brighton & Hove Albion. Liverpool dan Manchester United dipaksa bermain dalam perlawanan ulangan kerana hanya mampu seri dengan alan masing-masing. Jika Louis Van Gaal serius untuk memenangi trofi pertama di England, inilah waktu yang sesuai.



Keputusan luar jangka itu mungkin disebabkan beberapa faktor. Kelab ternama mungkin mengalami masalah dari segi mentaliti kerana ada antara pemain yang mengambil mudah cabaran kelab divisyen yang lebih rendah. Selain itu, polisi penggiliran pemain juga memainkan faktor penting. Chelsea dan Liverpool umpamanya mempunyai lebih banyak perlawanan kerana penglibatan dalam Piala Capital One.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pengiraan Bonus Dividen Tabung Haji 2015 6.25% + 2%

Penulis: Que | Kategori: , , ,

BOLEH SEMAK MULAI 26 JAN 2015



Tabung Haji (TH) memberi minimum dividen 6.25% kepada semua pendepositnya manakala mereka yang belum mengerjakan haji bakal menikmati tambahan bonus 2%.


Pendeposit Tabung Haji = Dividen 6.25%

(Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2014)/12 bulan) x 6.25%

Pendeposit yang belum mengerjakan haji = Bonus Tambahan 2%


1. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980) 

-> (Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2014)/12 bulan) x 2.0%



2. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran haji (RM,9980)
-> RM9,980 x 2.0% = Maksimum bonus RM 199.60


Pendeposit boleh menyemak bonus masing-masing menerusi kaunter TH dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai Isnin (26 Januari 2015) ini. Kelebihan menyimpan di TH mereka akan tolak siap-siap zakat simpanan anda.



Bonus Haji adalah bonus khas yang diberi kepada akaun para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980). Jom buka akaun tabung haji serendah RM2 di mana-mana cawangan TH seluruh negara. Info lanjut di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Program Aktiviti Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015 Putrajaya

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KIBAR BENDERA





1 Februari 2015 merupakan Hari Wilayah Persekutan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Memandangkan tahun ini sambutan Hari Wilayah 2015 jatuh pada hari Ahad maka 2 Februari 2015 (Isnin) diisytiharkan cuti. Mereka yang berkerja di kawasan Wilayah Persekutuan akan menikmati cuti tambahan sehingga Thaipusam. Tahniah!



Tema sambutan Hari Wilayah 2015 ialah "Wilayahku Ceria" berasaskan kepada rasa kekitaan yang juga mengetengahkan elemen perpaduan bagi memupuk semangat toleransi serta mengaspirasikan Wilayah Persekutuan sebagai kejiranan komuniti yang ceria, bersih dan indah. Justeru, semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran agar mengibar bendera bagi menyemarakkan semangat cintakan Wilayah Persekutuan.



Seperti tahun-tahun sebelumnya, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama semua pihak berkuasa negeri terlibat akan menganjurkan pelbagai aktiviti bermula Januari sehingga Mac 2015. Antaranya program Kempen Kibar Bendera, Majlis Tahlil dan Doa Selamat, Kenduri 1 Wilayah, Konvoi Berbasikal dan macam-macam lagi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/