Senarai Perpindahan TERKINI Pemain Bola Sepak Dunia 2014/2015 | Paling Mahal

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

2014 TRANSFER WINDOW

PERPINDAHAN PEMAIN JUN 2013,RANKING PEMAIN BOLA SEPAK TERMAHAL 2013, SENARAI PENUH LENGKAP PERPINDAHAN PEMAIN TAHUN 2013 TERKINI


Updates : Senarai lengkap perpindahan pemain EPL musim 2014/15 [Klik]


Musim 2014/2015 liga bola sepak dunia sudah memasuki sesi pemanas badan. Pelbagai spekulasi perpindahan berlegar-legar di media cetak dan eletronik sejurus selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2014. Nama seperti James Rodriguez paling hangat diperkatakan apabila beliau memenangi Anugerah Kasut Emas dengan 6 gol Piala Dunia dari 5 perlawanan.



Kelab Real Madrid telah muncul juara UEFA Champions League buat kali pertama sejak 2002 menewaskan Atletico Madrid (juara La Liga) di pentas final. Sevilla pula menewaskan Benfica menerusi sepakan penalti untuk menjuarai Europa League. Nampaknya musim lalu kejohanan Eropah didominasi kelab-kelab dari Sepanyol.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Diskaun & Rebat Tol Sempena Cuti Hari Raya Aidil Fitri 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

 TOL PERCUMA AIDILFITRI


Jadual Perjalanan Balik Kampung PLUS Perayaan AidilFitri 2014 [Klik]


Sebanyak 23 syarikat konsesi lebuh raya menawarkan tol percuma, diskaun dan rebat tol kepada pengguna jalan raya di seluruh negara sempena Aidilfitri tahun ini. Maju Expresway Sdn Bhd (MEX) akan menawarkan tol percuma kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan Lebuhraya MEX pada Hari Raya Aidilfitri.
  


18 lebuh raya lain pula menawarkan diskaun tol pada kadar 5 hingga 37.5 peratus bagi pengguna kenderaan kelas satu bemula 27 hingga 30 Julai. Bagi menggalakkan pengguna menggunakan Touch N Go dan Smart Tag, PLUS menawarkan 30 % rebat tol kepada pengguna yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC). Rebat tol hanya sah pada 23, 24, 30 dan 31 Julai ini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perjalanan Balik Kampung PLUS | Cuti Hari Raya Aidilfitri 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

Klik rajah untuk imej yang lebih jelas
Diskaun & Rebat Tol Hari Raya Aidilfitri 2014 [Klik]

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 28 dan 29 Julai 2014 ini, pihak PLUS telah mengeluarkan jadual perjalanan balik kampung untuk semua pengguna jalan raya. Tujuannya bagi memberi kelancaran lalu lintas kepada mereka yang bakal bercuti. Kalau boleh cuba ikut seperti mana yang telah dirancangkan.



Lebuhraya PLUS memang sudah terlalu padat bila cuti panjang. R&R juga tak mampu menampung jumlah penggguna yang semakin meningkat setiap tahun. Ramai yang pilih untuk bertolak lewat malam atau pun awal pagi untuk mengelakkan jem. Tapi waktu-waktu begitu lebih terdedah kepada kemalangan disebabkan keadaan cuaca yang gelap.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/