VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 7 - BANYAKNYA 4 BINTANG

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JIHAN PELAWAK WANITA TERBAIK?




Minggu tema 'Muzikal Komedi' memang ditunggu setiap kali pertandingan Maharaja Lawak Mega. Terbukti bila 7 kumpulan atau peserta mendapat 4 bintang! Hanya kumpulan Wala dan SayWho gagal memikat hati juri. Adakah juri-juri ni pemurah? Sebenarnya tidak. Bila ada elemen muzikal secara tak langsung persembahan akan jadi lebih menarik dan tak bosan.



Tapi itu bergantung juga kepada idea dan pengisian lawak yang dibawa. Kalau ada ahli kumpulan yang hanya menumpang dan setakat jadi feeder (tanya soalan) pun tak best jugak. Itu yang berlaku pada kumpulan Wala. SayWho pulak sejak bertukar ahli kumpulan agak kurang serasi kali ini. Akhirnya berakhirlah perjuangan wakil dari Indonesia. Tapi jangan gusar sebab kita masih dapat tonton Luna Maya. Hehe.



Persoalannya, kenapa Datuk AC Mizal yang dapat award Man Of The Match? Dia pengacara memang lah dia boleh keluar setiap kali peserta buat persembahan. Minggu depan bagi pada juri pulak ok. Jihan pada aku antara yang menyinar malam tu. Mungkin dia antara pelawak wanita yang menonjol sekarang. Tak mustahil anugerah pelakon komedi atau pelawak wanita akan menjadi milik Jihan dalam beberapa tahun lagi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Android : Aplikasi Terbaik Pembersih Smartphone dan Tablet Anda | Clean Master

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

CLEAN MASTER

KELEBIHAN APLIKASI CLEAN MASTER, BAGUS KE APPS CLEAN MASTER?


Anda selalu pening cara nak bersihkan storage dan memory phone atau tablet? Smartphone anda banyak aplikasi yang running sendiri? Dah cuba banyak software tapi still tak puas hati? Kat sini aku nak share aplikasi yang aku baru je guna iaitu Clean Master. Boleh dikatakan ini aplikasi terbaik yang semua pengguna android perlu ada.



Siapa pengguna tegar android mesti faham pasal isu RAM yang terlalu tinggi. Bila dah install aplikasi ni, dia akan bagi notifikasi untuk clearkan RAM dengan hanya 1 langkah. Sangat mudah dah kita tak perlu stopkan mana-mana aplikasi yang kita tak nak secara manual.



Antara kelebihan dan fungsi yang disediakan Clean Master:

  • Memory Boost/Task Killer - Tambahkan kelajuan peranti anda
  • Clean - Buang fail yang tak perlu untuk tingkatkan storage
  • Clear -Lindungi privasi anda dengan membuang history browser
  • App Management - Pindah aplikasi ke SD Card

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Kalendar Hari Cuti Am 2014 | Seluruh Negeri di Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JADUAL CUTI 2014

DOWNLOAD HARI CUTI 2014, JADUAL CUTI UMUM NEGERI KELANTAN, KEDAH, SELANGOR, JOHOR, PAHANG, KUALA LUMPUR, PERAK, SABAH, SARAWAK, PUTRAJAYA, PERLIS, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, TERANGGANU, BILA HARI CUTI 2014


Selamat bercuti semua. Hari ini penganut agama Kristian menyambut Hari Natal. Tak sampai seminggu lagi kita akan melangkah ke tahun 2014. Sekolah pun hampir dibuka semula. Setiap tahun paling dinantikan ialah kalendar cuti am dan negeri. Secara teori setiap negeri akan ada lebih kurang 18 hari cuti umum tak termasuk Sabtu dan Ahad. Malaysia memang banyak cuti!



Sampaikan terlalu sayangkan cuti kerajaan siap bagi cuti ganti jika hari pelepasan am tu jatuh pada hari  Jumaat, Sabtu atau Ahad (bergantung pada negeri). Contohnya pada tahun 2014, kita akan sambut Hari Merdeka pada hari Ahad. Jadi bagi negeri yang sepatutnya cuti pada hari Ahad mereka akan dapat cuti ekstra pada hari Isnin.



Banyak kegunaan kalendar cuti ni. Bagi mereka yang nak buat kenduri kahwin, doa selamat, hari keluarga dan melancong eloklah buat perancangan dari sekarang. Antara tarikh menarik untuk cuti panjang pada Tahun Baru Cina dan Hari Merdeka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/