NO COMMENTS
BONUS BANTUAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2014 UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN
Penulis: Que | Kategori: bonus , duit raya , hari raya aidilfitri , isu semasa , kerajaan , najib , penjawat awam
RM 500 UNTUK PENJAWAT AWAM | RM 250 UNTUK PESARA
Alhamdulillah. Syukur dengan pengumuman Perdana Menteri semalam. Kerajaan dengan bermurah hati akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai hadiah persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.
Selain dari penjawat awam, bantuan khas itu akan turut dinikmati 684,000 pesara kerajaan, yang akan menerima RM250 setiap seorang sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai 2014 ke dalam akaun masing-masing.
Jadi kepada mereka yang akan terima duit tu jangan terlalu boros. Sepatutnya persiapan kewangan dah dilakukan lebih awal. Bantuan khas ini hanya untuk top up mana yang kurang. Contohnya duit raya untuk anak-anak, ibu bapa & perbelanjaan luar jangka.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq