[Video] Keputusan Perlawanan Real Madrid vs Atletico Madrid | Final UEFA Champions League 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SERGIO RAMOS DAN BALE MUNCUL WIRA


Keputusan akhir : Real Madrid 4 - 1 Atletico Madrid

Sergio Ramos menjadi penyelamat Real Madrid apabila menjaringkan gol penyamaan dalam masa kecederaan ketika peminat Atletico Madrid sudah mula meraikan kemenangan pasukan mereka. Nyata gol tersebut sedikit sebanyak membunuh semangat pemain Atletico setelah mereka mendahului sejak minit ke-35 hasil jaringan pemain pertahanan, Godin.



Juara baru La Liga itu kehilangan penjaring terbanyak mereka, Diego Costa di awal permainan. Percaturan pengurus Diego Simeone nampaknya kurang bijak apabila mempertaruhkan pemain yang baru saja pulih dari kecederaan.



Ronaldo yang beraksi di tempat kelahirannya juga gagal menyinar. Walaupun Real Madrid lebih banyak mengatur serangan tetapi kualiti penyudah gagal menghasilkan gol. Gareth Bale muncul wira apabila menjaringkan gol kedua Real Madrid dan menjadi batu loncatan kepada kemenangan besar 4-1 awal pagi tadi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Louis Van Gaal Sah Jadi Pengurus Baru Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

WELCOME TO OLD TRAFFORD



Kelab Manchester United secara rasminya melantik Louis Van Gaal  sebagai pengurus baru kelab itu malam tadi dengan tempoh kontrak selama 3 tahun. Van Gaal menggantikan tempat David Moyes yang dipecat bulan lalu. Ryan Giggs pula dilantik menjadi penolong pengurus dan seterusnya mengumumkan persaraan sebagai pemain profesional.



Penyokong kelab Manchester United sudah pastinya mampu tersenyum mendengar berita ini. Lebih-lebih lagi setelah mengharungi musim yang begitu suram di bawah kendalian Moyes. Van Gaal ketika ini sibuk membuat persiapan pasukan kebangsaan Belanda ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Beliau difahamkan akan meletakkan jawatan sebagai jurulatih Belanda sejurus selepas tamat kempen Piala Dunia nanti dan memulakan karier barunya selaku pengurus Manchester United.



Musim hadapan United tidak akan beraksi di pentas Eropah kerana hanya mampu menduduki tangga ke-7 liga. Bagi Van Gaal itu bukan masalah besar kerana United mempunyai lebih masa dan fokus untuk kejuraaan domestik terlebih dahulu. Kita dapat lihat bagaimana Liverpool menggunakan kelebihan itu dan menyaingi pendahulu liga hingga ke perlawanan terakhir.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Penuh Aktiviti Festival Belia Putrajaya 23 hingga 25 Mei 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DARI BELIA UNTUK BELIA



Kementerian Belia dan Sukan bakal menganjurkan program tahunan terbesarnya iaitu Festival Belia Putrajaya 2014 bermula 23 hingga 25 Mei ini di Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya. Festival ini akan menjadi kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2014 dan mengetengahkan konsep yang agak berbeza iaitu `lihat dan rasa' selari dengan citarasa anak muda masa kini.



Uniknya kali ini, festival yang diisi dengan 60 segmen itu akan dipecahkan kepada empat zon (utara, selatan, timur dan barat) dan memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan. Tema pada tahun ini adalah  'Dari Belia Untuk Belia' sekali gus menjadi medium terbaik untuk golongan belia mempamerkan bakat terpendam.



Antara segmen yang akan diadakan sempena festival berkenaan adalah pameran pekerjaan, jualan dan pameran buku, pidato, larian zombi, tilawah al-Quran, nasyid, pameran gajet, kejohanan futsal, kejohanan seni mempertahankan diri, peperangan bantal dan banyak lagi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/