Harga Tiket Online Malaysia B23 vs FC Ryukyu | 4 Disember 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

 MISI TERAKHIR SEBELUM KE SUKAN SEA


HARGA TIKET MALAYSIA B23 U23 VS FC RYUKYU JEPUN ASTRO ARENA,


Debaran Sukan SEA makin terasa. Misi Harimau Muda untuk mencipta hatrick pingat emas menerima tamparan hebat dengan kecederaan beberapa pemain utama seperti Junior Edstal, Wan Zack Wan Haikal, Syahrul Azwari, Fandi Othman dan Gary Steven Robbat. Malaysia yang diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Singapura dan Vietnam perlu berjuang bermati-matian untuk layak ke separuh akhir. Lihat jadual penuh di sini



Sebagai persediaan terakhir, Harimau Muda akan menguji pasukan FC Ryukyu dari Jepun yang juga kelab di mana Wan Zack Haikal wakili ketika ini. Selepas mengharungi cabaran Piala BIDC di Laos kelemahan ketara skuad Harimau Muda adalah di bahagian pertahanan dan serangan. Masalah ini perlu diatasi sebelum kejohanan bermula.



Ayuh! Berikan sokongan anda kepada pasukan Harimau Muda yang akan menentang F.C. Ryukyu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, pada 4 Disember ini. Dapatkan tiket perlawanan ini di www.tickethotline.com.my sekarang! RM 20 untuk dewasa, dan RM 5 untuk kanak-kanak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 3 - WALA & BOCEY TERBAIK, SEPAHTU SPONTAN

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

GILIRAN JURI KENA KRITIK

PENYINGKIRAN KUMPULAN OSAMA DAN KUCAI MINGGU 3 MLM 2013, AHLI KUMPULAN SYJ OSAMA YANG TERSINGKIR MAHARAJA LAWAK MINGGU KE-3, SEPAHTU JAMBU NABIL WALA SYJ BOCEY MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 3


Minggu ke-3 Maharaja Lawak Mega 2013 menyaksikan peningkatan mendadak beberapa kumpulan junior. Walaupun gagal mendapat markah penuh 4 bintang, tapi lawak mereka menerima sorakan gemuruh penyokong di MBSA dan di rumah. Selera penonton kini lebih terarah kepada lawak spontan dan idea yang lebih segar.



Wala dan Bocey wajar diberi pujian atas usaha beterusan mereka. Kumpulan senior seperti Sepahtu, Jambu, Shiro dan Nabil tidak boleh berasa terlalu selesa walaupun mereka lebih popular. Agak mengecewakan pelawak otai seperti Boboi dan Osama dilihat gagal menyerlah mengikut tema 'Cinta' pada minggu ini.



SYJ yang dibarisi Syuk, Yassin dan Jihan lebih kreatif. Tak perlu terlalu ikut skrip kerana lawak spontan mampu membuat penonton ketawa terbahak-bahak. Contohnya macam Sepahtu yang bijak menggunakan kesilapan teknikal dalam persembahan mereka. Ada baiknya jugak rancangan Karot Komedia dan Super Spontan kan. Secara tak langsung mereka sudah berlatih berlawak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

LIVE STREAMING ANUGERAH SKRIN 2013 #ASK2013 DI TV3

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

TONTON #ASK2013 SECARA ONLINE


anugerah skrin 2013 tv3 live now, live astro anugerah skrin 2013
#ask2013
Anugerah Skrin bertujuan memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan.


Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan bermutu yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan.


Untuk kali ini, Anugerah Skrin memartabatkan kehebatan drama bersiri yang diterima ramai menerusi Anugerah Khas. Drama tersebut telah memberikan impak yang mendalam dan menjadi fenomena baharu kepada para penonton di Malaysia bukan sahaja mendapat rating tinggi yang diiktiraf oleh Nielsen Audience Measurement malahan menjadi bualan hangat di sosial media kerana sentiasa menjadi ‘trending’ nombor 1 di Twitter setiap kali disiarkan dan jutaan lagi yang menontonnya di portal Tonton.


Tonton Anugerah Skrin 2013 Secara Online


Tarikh : 29 November 2013 (Jumaat)
Masa : 9.00 - 11.30 malam
Tempat : Stadium Malawati Shah Alam
Penyiar Rasmi : TV3 & Singtel (Singapura)
Pengacara : Awal Ashaari, Faizal Ismail & Nad Zainal
Link Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

Karpet Merah Anugerah Skrin bermula jam 7.30 malam. Kredit : tv3.com.my

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/