Live Streaming Manchester City vs Manchester United | EPL Derby 22 September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PELLEGRINI VS MOYES



FT : Man City 4 - 1 Man Utd


Kedua-dua pengurus pasukan ini akan mengharungi Manchester Derby pertama dalam karier masing-masing. Moyes dan Pellegrini sudah merasai cabaran dan tekanan memimpin kelab berprofil tinggi setakat 4 perlawanan EPL musim ini. 2 menang, 1 seri dah 1 kalah meletakkan City dan United berkongsi mata di tempat ke-4 dan ke-5 dibelakang pendahulu, Liverpool.



Manchester United mendapat permulaan lebih sukar. Perlawanan dengan City di Etihad seawal September mungkin menyukarkan Moyes untuk memberi peluang pemain simpanan beraksi. Sebelum ini United seri dengan Chelsea dan kalah kepada Liverpool yang menjadi perlawanan top 6 paling awal.



Rekod di Etihad musim lalu mungkin dapat memberi keyakinan kepada United. Gol sepakan percuma penyerang sensasi Van Persie memberi 3 mata berharga kepada United untuk terus menggungli EPL ketika itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Badminton Terbuka Jepun 2013 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

#DLCW WAKIL TUNGGAL NEGARA


POSTER BANNER BADMINTON TERBUKA JEPUN SEPTEMBER 2013, BADMINTON JAPAN OPEN YONEX 2013 LIVE STREAMING, QUARTER FINAL SEMI FINAL FINAL BADMINTON JAPAN OPEN 2013



Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal negara yang masih berada di pusingan ke-3 Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2013. Pagi tadi beregu campuran negara Chan Peng Soon / Goh Liu Ying tewas kepada pasangan China dengan straight set 21-8 21-16. Dalam pusingan ke-2 semalam, Lee Chong Wei mudah menewaskan wakil Taiwan, Hsu jen Hao 21-15 21-9. 


Setelah hampir sebulan berehat dari menyertai kejohanan, Lee Chong Wei masih lagi diharapkan untuk melakar kejayaan dalam sukan badminton buat pasukan Malaysia. Nampaknya kita masih lagi ketandusan barisan pelapis yang boleh menggantikan tempat Chong Wei. Berusia hampir 31 tahun, Chong Wei mungkin hanya tinggal 2 tahun untuk berada pada tahap terbaiknya.


Berikut adalah jadual perlawanan Datuk Lee Chong Wei di Kejohanan Terbuka Jepun 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Penuh Kejohanan Piala Menpora Cup 2013 | Harimau Muda di Indonesia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MISI PERTAHAN EMAS SUKAN SEA


JADUAL PENUH LENGKAP KEJOHANAN PIALA MENPORA 2013 DI BANDUNG INDONESIA, PASUKAN HARIMAU MUDA KE PIALA MENPORA 2013, SENARAI PEMAIN HARIMAU MUDA PIALA MENPORA 2013, PERLAWANAN MALAYSIA B23 HARIMAU MUDA PIALA MENPORA 2013
kredit Blog Kang Dadan


Setelah berjaya mengharungi cabaran Pesta Bola Merdeka 2013, anak buah Ong Kim Swee tidak berhenti setakat itu. Minggu ini mereka akan menyertai kejohanan jemputan Piala Menpora 2013 atau Indonesian International Tournament (IIT) di Bandung, Indonesia. Kejohanan ini akan bermula pada 20 September hingga 28 September 2013.


IIT disertai  8 pasukan yang terdiri dari kelab-kelab Indonesia, Australia dan Filipina selain Malaysia B23. Malaysia diletakkan di dalam kumpulan A bersama Persib Bandung (Indonesia), Central Coast Mariners (Australia) dan Sriwijaya FC (Indonesia).


Juara setiap kumpulan akan beraksi di final untuk merebut Piala Menpora 2013. 9 pemain Harimau Muda tidak disenaraikan kali ini kerana terikat dengan komitmen Piala Malaysia. Ong Kim Swee akan memberi pendedahan kepada pemain lain sebelum ke Sukan SEA nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/