Tips : 10 Cara Mudah Jimatkan Minyak Petrol Kereta | Paling Berkesan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

AL-KISAH 20 SEN

TIPS JIMATKAN MINYAK PETROL KERETA, CARA MUDAH NAK JIMATKAN MINYAK KERETA


Anda boleh dapat 20 sen bagi setiap iklan yang diklik [Jom daftar percuma]


Sempena kenaikan 20 sen harga pertrol RON 95 dan diesel hari ni, rasanya elok kalau kita berkongsi cara nak jimatkan penggunaan petrol kereta atau kenderaan lain. Sebenarnya perkara ni ramai yang dah tau. Cuma kita ni susah nak disiplinkan diri. Tak guna dah kita nak bising pasal harga petrol tu. Sekarang ni kita je yang mampu mengubah hidup kita untuk hari-hari mendatang.



20 sen memang tak BANYAK. Tapi ada ke yang isi minyak seliter je? Paling kurang pun tangki penuh dalam 30 liter = RM 0.20 x 30 = RM 6 kenaikan. Tu kalau penggunaan seminggu. Kalau sebulan darab la dengan 4 jadinya RM 24. Kalau setahun menjadikan RM 288 - RM 300. Ini adalah anggaran untuk kegunaan harian sahaja tidak termasuk balik kampung atau pun pergi melancong.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : Ozil Pecah Rekod Arsenal | United Dapat Fellaini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SEKITAR HARI TERAKHIR PERPINDAHAN PEMAIN


PERPINDAHAN MESUT OZIL FELLAINI, KE ARSENAL MANCHESTER UNITED, HARGA PERPINDAHAN MESUT OZIL FELLAINI 2013



Arsenal memecah rekod pembelian pemain dengan kehadiran Mesut Ozil dari Real Madrid yang dianggarkan bernilai 42.5 juta Pound. Sebelum ini Jose Antonio Reyes yang dibawa masuk dengan harga 17.5 juta Pound dari Sevilla memegang rekod pemain paling mahal yang pernah dibeli pasukan Arsenal. Keputusan ini nyata melegakan peminat Arsenal yang dahagakan pemain berstatus bintang beraksi untuk kelab kesayangan mereka.



Beralih ke Old Trafford, David Moyes akhirnya berjaya mendapatkan khidmat bekas pemainnya di Everton, Marouane Fellaini yang dilepaskan dengan harga 27.5 juta Pound. Fellaini pernah berkerjasama dengan Moyes selama 5 tahun. Kekuatan fizikal dan tandukan set pieces dilihat bakal menjadi senjata baru membantu United mempertahankan trofi EPL musim ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Minyak NAIK Tahun 2013 | Petrol RON95 & Diesel NAIK 20 Sen

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

TERKINI : JANJI DINAIKI? | RAKYAT DAHULUKAN BAYARAN


harga minyak malaysia terkini,Harga minyak malaysia 2013,HARGA MINYAK NAIK 2013, KENAIKAN HARGA MINYAK RON95 DIESEL PETROL TAHUN INI, SEPTEMBER 2013, MINYAK NAIK HARGA?
kredit : beritasemasa.com


Tips : 10 Cara Nak Jimatkan Minyak Kereta Anda [Jom baca]


Akhirnya spekulasi mengenai harga minyak naik menjadi kenyataan. Kecoh dalam laman sosial FB & Twitter mengecam tindakan YAB Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan 20 sen bagi petrol RON95 dan Diesel berkuatkuasa malam ini (00.00 am 3 September 2013). Rakyat seharusnya merasa beban ini kerana sebelum ini tarif elektrik juga akan dikaji semula.

Harga baru RON95 : RM 2.10/liter
Harga baru Diesel : RM 2.00/liter

Contoh tangki penuh 50 liter | Kenaikan 50 x 0.20 = RM 10


Kenaikan demi kenaikan tidak wajar dibebankan kepada rakyat lebih-lebih lagi kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan ke-56. Kalau nak kurangkan subsidi ikutlah kemampuan sebenar rakyat. Ini tidak, kereta mewah dan Kancil still kena bayar harga minyak yang sama. Tidak mustahil langkah bijak ini akan menjadi penggal terakhir kerajaan Barisan Nasional memerintah negara. Jom pakat penuhkan tangki buat kali terakhir sebelum berubah kepada harga baru.


Nota : Apa gunanya BRIM RM 500 jika harga minyak dan lain-lain meningkat. Renungkan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/