EPL : Ozil Pecah Rekod Arsenal | United Dapat Fellaini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SEKITAR HARI TERAKHIR PERPINDAHAN PEMAIN


PERPINDAHAN MESUT OZIL FELLAINI, KE ARSENAL MANCHESTER UNITED, HARGA PERPINDAHAN MESUT OZIL FELLAINI 2013



Arsenal memecah rekod pembelian pemain dengan kehadiran Mesut Ozil dari Real Madrid yang dianggarkan bernilai 42.5 juta Pound. Sebelum ini Jose Antonio Reyes yang dibawa masuk dengan harga 17.5 juta Pound dari Sevilla memegang rekod pemain paling mahal yang pernah dibeli pasukan Arsenal. Keputusan ini nyata melegakan peminat Arsenal yang dahagakan pemain berstatus bintang beraksi untuk kelab kesayangan mereka.



Beralih ke Old Trafford, David Moyes akhirnya berjaya mendapatkan khidmat bekas pemainnya di Everton, Marouane Fellaini yang dilepaskan dengan harga 27.5 juta Pound. Fellaini pernah berkerjasama dengan Moyes selama 5 tahun. Kekuatan fizikal dan tandukan set pieces dilihat bakal menjadi senjata baru membantu United mempertahankan trofi EPL musim ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Minyak NAIK Tahun 2013 | Petrol RON95 & Diesel NAIK 20 Sen

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

TERKINI : JANJI DINAIKI? | RAKYAT DAHULUKAN BAYARAN


harga minyak malaysia terkini,Harga minyak malaysia 2013,HARGA MINYAK NAIK 2013, KENAIKAN HARGA MINYAK RON95 DIESEL PETROL TAHUN INI, SEPTEMBER 2013, MINYAK NAIK HARGA?
kredit : beritasemasa.com


Tips : 10 Cara Nak Jimatkan Minyak Kereta Anda [Jom baca]


Akhirnya spekulasi mengenai harga minyak naik menjadi kenyataan. Kecoh dalam laman sosial FB & Twitter mengecam tindakan YAB Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan 20 sen bagi petrol RON95 dan Diesel berkuatkuasa malam ini (00.00 am 3 September 2013). Rakyat seharusnya merasa beban ini kerana sebelum ini tarif elektrik juga akan dikaji semula.

Harga baru RON95 : RM 2.10/liter
Harga baru Diesel : RM 2.00/liter

Contoh tangki penuh 50 liter | Kenaikan 50 x 0.20 = RM 10


Kenaikan demi kenaikan tidak wajar dibebankan kepada rakyat lebih-lebih lagi kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan ke-56. Kalau nak kurangkan subsidi ikutlah kemampuan sebenar rakyat. Ini tidak, kereta mewah dan Kancil still kena bayar harga minyak yang sama. Tidak mustahil langkah bijak ini akan menjadi penggal terakhir kerajaan Barisan Nasional memerintah negara. Jom pakat penuhkan tangki buat kali terakhir sebelum berubah kepada harga baru.


Nota : Apa gunanya BRIM RM 500 jika harga minyak dan lain-lain meningkat. Renungkan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Antarabangsa Kelayakan Piala Dunia 2014 | September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

SENARAI PERLAWANAN MENGIKUT ZON


JADUAL PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 | SEPTEMBER 2013


Minggu ini semua perlawanan domestik akan direhatkan bagi  memberi laluan kepada Kelayakan Piala Dunia 2014. Mungkinkah ada negara lain yang akan mengesahkan tempat mereka di Piala Dunia 2014? Setakat ini hanya 5 buah negara yang dah konfem (rujuk entri ini). Ada di antara pengurus pasukan kebangsaan yang runsing akibat pemain utama mereka mengalami kecederaan sekaligus menyukarkan misi untuk mengukuhkan tempat teratas peringkat kumpulan.



Persaingan sengit di Zon UEFA (Eropah) dan CONMEBOL (Amerika Selatan) untuk merebut baki 27 tempat yang masih terbuka. Melihat kepada kedudukan terkini, negara Bosnia & Herzegovina berpeluang untuk ke Piala Dunia 2014 jika mereka  dapat mengekalkan kedudukan teratas kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/