KEPUTUSAN LENGKAP PERLAWANAN PIALA KONFEDERASI BRAZIL 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

KEPUTUSAN TERKINI DAN VIDEO GOL


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN LENGKAP PIALA KONFEDERASI BRAZIL 2013, VIDEO GOL PIALA KONFEDERASI 2013

Jadual Perlawanan waktu Malaysia [Klik]


Brazil memulakan kempen Piala Konfederasi 2013 dengan kemenangan bergaya ke atas jagoan Asia, Jepun 3-0. Neymar yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke Barcelona mempamerkan aksi mantap dengan gol seawal minit ke-3. Disusuli gol dari Paulinho dan Jo untuk melegakan Luis Scolari yang dikritik hebat sebelum ini.


Awal pagi tadi dua (2) lagi perlawanan berlangsung antara Italy vs Mexico dan Spain vs Uruguay. Balotelli menjaringkan gol kemenangan Italy 2-1 ke atas Mexico selepas Chicharito menyamakan kedudukan gol sepakan percuma Pirlo. Sementara itu, jaringan Pedro dan Soldado memberi kemenangan 2-1 Spain ke atas Uruguay yang mendapat gol saguhati di akhir perlawanan menerusi Luis Suarez.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Badminton Terbuka Indonesia 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

JADUAL PEMAIN MALAYSIA



Lee Chong Wei Juara

Badminton Super Series meneruskan aksi di Jakarta Indonesia minggu ini. Kejohanan Badminton Terbuka Djarum 2013 berlangsung dari 10 hingga 16 Jun. Malaysia kembali menyenaraikan Datuk Lee Chong Wei setelah kecewa dengan pencapaian skuad negara di Thailand minggu lalu. Persiapan rapi perlu dilakukan menjelang Kejohanan Badminton Dunia sedikit masa lagi.


Lin Dan seperti biasa gemar mencetus kontroversi dengan menarik diri dari pertandingan ini dan Singapura minggu depan atas alasan masih belum cergas. Mungkin benar atau tidak hanya Lin Dan saja yang tau. Strategi China memang bijak ditambah dengan bilangan pelapis yang ramai dan handal. Sebaliknya Malaysia masih terus mengharap kepada Datuk Lee Chong Wei untuk membawa pulang gelaran juara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Sebab Trafik di MRR2 Akan Jadi Lebih Kronik

Penulis: Que | Kategori: , , ,

3 KM AMBIL MASA 30 MINIT

JALAN MRR2 YANG SELALU SESAK JEM


MRR2 memang menjadi jalan utama kepada mereka yang bekerja di Kuala Lumpur. Waktu puncak seawal jam 7.00 pagi dan bermula 4.00 petang MRR2 akan sesak dengan kenderaan baik motosikal, kereta, bas dan lori. Ada beberapa lokasi utama yang sering berlaku kesesakan luar biasa di MRR2.


Antaranya di :

1. Berhadapan Hotel Flamingo KL
2. Exit ke Highway GrandSaga (Cheras - Kajang)
3. Persimpangan Desa Tun Razak
4. Berhampiran Taman Connaught (jika ada lori rosak)
5. Jejambat Jalan Kuari


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/